Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sembilan pelajar meredah banjir untuk ke sekolah
Published on: Monday, February 23, 2026
Published on: Mon, Feb 23, 2026
By: Winnie Kasmir, Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Sembilan pelajar meredah banjir untuk ke sekolah
SALAH seorang pelajar (kiri) yang berjaya dibawa keluar untuk dihantar ke sekolah selepas terperangkap banjir di Paitan.
PAITAN: Sembilan pelajar sekolah menengah terpaksa meredah banjir bagi mengelakkan daripada terlepas sesi persekolahan apabila laluan utama dari rumah mereka dinaiki air pada Ahad. 

Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membolehkan kesemua pelajar itu tiba di sekolah mereka dengan selamat. Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Paitan melaksanakan operasi khas bagi memindahkan pelajar terbabit dari kawasan kediaman mereka yang terjejas banjir ke SMK Salaping di Kota Marudu. 

Advertisement
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Paitan Bakrin Samsuddin berkata paras air yang meningkat menjejaskan laluan utama sekali gus menyukarkan pergerakan keluar masuk penduduk. 

“Menyedari kepentingan kehadiran pelajar ke sekolah khususnya dalam tempoh persediaan peperiksaan penting, pasukan bertindak segera menggunakan kenderaan jabatan dengan kaedah pemindahan yang selamat dan terkawal,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi itu berjalan lancar hasil komitmen anggota bertugas yang mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar sepanjang proses pemindahan.

Selain memastikan pelajar tidak tercicir daripada sesi pembelajaran, pemindahan itu juga memberi ketenangan kepada ibu bapa dalam menghadapi situasi bencana.

Advertisement
Di BELURAN, seramai 12 pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dihantar ke pusat peperiksaan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Beluran selepas banjir menjejaskan kampung mereka pada Ahad.

Pelajar berkenaan yang terdiri daripada dua lelaki dan 10 perempuan, diambil dari simpang Tabung Haji Botitian Sugut, Beluran dan dihantar ke SMK Pamol agar mereka dapat menduduki peperiksaan dengan selamat.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Michael Edoen, berkata operasi pemindahan itu dijalankan bagi memastikan pelajar terjejas hadir ke pusat peperiksaan tanpa sebarang insiden.

Empat anggota, yang dibantu dua petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat, menjalankan operasi itu meliputi lokasi sejauh 10km dari kawasan terjejas ke sekolah berkenaan.  

Pasukan digerakkan pada jam 8.04 pagi dan operasi tamat jam 10.19 pagi selepas memastikan keadaan selamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here