Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Nelayan hilang ditemui mati, rakan selamat
Published on: Saturday, February 21, 2026
Published on: Sat, Feb 21, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Nelayan hilang ditemui mati, rakan selamat
Mayat mangsa ditemui terdampar di Pantai Sangkabok
PAPAR: Seorang nelayan berusia 60 tahun ditemukan meninggal dunia, manakala rakannya terselamat selepas kedua-duanya sebelum itu dilaporkan hilang di laut ketika keluar menangkap ikan di perairan daerah ini.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Saimon Ongit ditemukan pada 3.20 petang berhampiran Pantai Kampung Sangkabok, kira-kira 71 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Advertisement
Rakannya, Primus Ujim, 52, ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Rozlan Osman berkata bilik gerakan menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis memaklumkan kedua-dua nelayan dikhuatiri terjatuh ke laut semasa menjalankan aktiviti berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keempat pada Khamis, membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Operasi bermula pada 8.20 pagi dengan pasukan menjalankan pencarian di kawasan pesisir menggunakan bot meliputi kawasan dari Kampung Bundusan hingga ke Muara Pengalat sejauh kira-kira empat kilometer.

Advertisement
Rozlan berkata seorang mangsa ditemukan dalam keadaan selamat lebih awal, manakala seorang lagi masih hilang ketika itu, sekali gus mendorong usaha SAR diteruskan menggunakan kaedah pencarian di permukaan dengan bot bomba meliputi jarak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian dilaporkan.

Mayat mangsa kemudian ditemukan terdampar di Pantai Sangkabok, dengan ahli keluarga mengesahkan identitinya melalui proses pengecaman rasmi.

Advertisement
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here