Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Dadah: Lima ditahan di Semporna, Lahad Datu
Published on: Saturday, February 21, 2026
Published on: Sat, Feb 21, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dadah: Lima ditahan di Semporna, Lahad Datu
TIGA suspek antara empat ditahan di Lahad Datu.
SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun dan merampas 5.05 gram dadah disyaki syabu dalam satu operasi di Kampung Rau-Rau, Lihak-Lihak, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Tan Hiap Wah berkata lelaki itu ditahan dalam operasi khas hasil risikan polis kira-kira 1.30 pagi.

Advertisement
Dalam operasi tersebut, polis mengesan lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang tamu sebuah rumah tanpa nombor.

“Pemeriksaan lanjut ke atas beg milik suspek menemukan bahan disyaki syabu seberat 5.05 gram.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk siasatan dan tindakan lanjut. Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Menurut Tan, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Beliau berkata polis akan terus mempergiat operasi bagi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

Tan turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah kepada polis bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Advertisement
Sementara itu, di LAHAD DATU, polis menahan empat individu termasuk seorang penjawat awam dalam dua operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata dalam serbuan pertama kira-kira 12.15 tengah hari di kawasan Jalan Reno Fajar, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun.

Hasil pemeriksaan ke atas beg suspek menemukan satu plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki syabu seberat 0.14 gram serta kerajang aluminium.

“Suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 4.30 petang hari sama di kawasan parkir Jalan Seroja, polis menahan sebuah Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan satu paket plastik lut sinar mengandungi lima paket plastik berisi bahan disyaki syabu.

Semua bahan tersebut seberat 0.58 gram. Polis turut merampas empat kerajang aluminium dan sebatang straw yang diubah suai.

“Seorang penjawat awam berusia 29 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang wanita berusia 27 tahun untuk siasatan lanjut.

“Ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif mengambil amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Dzulbaharin berkata semakan lanjut rekod lampau mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah. 

Beliau menambah kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here