Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
PTI didakwa bunuh isteri diperintah bela diri
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
PTI didakwa bunuh isteri diperintah bela diri
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Indonesia yang didakwa membunuh isterinya di gerai sayur Kepayan tiga tahun lalu diperintahkan membela diri atas pertuduhan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew How Wai membuat perintah itu terhadap Jedu Rudu, 45, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 31 Mac ini untuk pembelaan Jedu.

Jedu yang bekerja sebagai pemotong rumput didakwa membunuh isterinya Suria Woade, 38, seorang pekerja kedai kopi antara jam 1 tengah hari hingga 2.21 petang pada 8 April 2023 di gerai sayur Kepayan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.

Pada peringkat pendakwaan pihak pendakwaan memanggil sembilan saksi.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dacia Jane Romanus manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali.

Sementara itu seorang lelaki warga Filipina berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan dan didakwa membunuh isteri di pusat bandar empat tahun lalu akan mengetahui nasibnya pada 26 Mac ini sama ada dia perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan.

Advertisement
Hakim Mahkamah Tinggi Celestina Stuel Galid menetapkan tarikh tersebut bagi Nul Sadam Jems selepas pihak pendakwaan menutup kes dengan memanggil 16 saksi.

Mahkamah menetapkan 26 Mac untuk keputusan.

Nul yang memegang dokumen IMM13 didakwa membunuh Nasfidah Japarah, 22, antara jam 10 malam hingga 11.47 malam pada 22 Mac 2022 di sebuah bilik sewa di tingkat tiga, Blok J, Segama.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali bagi pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh DPP Dana Arabi Wazani manakala Nul diwakili peguam Jamadi Saleh.

Kedua-dua tertuduh diperintahkan untuk terus direman kerana pertuduhan yang dihadapi tidak membenarkan jaminan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here