Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
20 PTI Filipina ditahan di Labuan
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
20 PTI Filipina ditahan di Labuan
SEBAHAGIAN operasi.
LABUAN: Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PTI) warganegara Filipina ditahan dalam operasi yang dijalankan sekitar 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi Khamis.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan, Raymond Entalai, berkata mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Advertisement
“Tahanan berumur antara empat bulan hingga 59 tahun, terdiri daripada enam wanita, tiga lelaki dewasa, tujuh kanak-kanak perempuan dan empat kanak-kanak lelaki,” katanya, menambah mereka dibawa ke JIM Labuan untuk siasatan lanjut. 

Raymond berkata, operasi dijalankan di empat lokasi melibatkan 22 pegawai, di mana seramai 46 individu diperiksa dan dua notis saman kepada saksi turut dikeluarkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, JIM Labuan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang, termasuk pihak yang menggaji dan melindungi PTI.

“Jabatan Imigresen Malaysia Labuan terus komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin di pulau ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here