SETELAH lama menumpukan pada pembikinan lagu di belakang tabir sebagai komposer dan penerbit, Julius Ebin kembali dengan single terbaharunya, Ihumon ku Kagarasan.
Membawa maksud ‘Ku Cari Kecekalan Diri’, lagu bahasa Dusun bergenre rock alternatif itu merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi asal Tenghilan ini.
“Lagu ini mengetengahkan mesej kekuatan dalaman dalam menghadapi cabaran hidup dengan sokongan keluarga dan sahabat sebagai tunjang utama.
“Menerusi karya ini diharap mampu menyentuh jiwa pendengar, khususnya generasi muda serta menyemai minat terhadap lagu-lagu dalam bahasa Dusun dan mendorong generasi Kadazandusun untuk terus mempelajari serta menghargai bahasa ibunda mereka,” katanya kepada Hiburan Ekspres.
Advertisement





