Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
PKS Sabah sasar jualan RM80 juta menerusi 13 ekspo antarabangsa
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
PKS Sabah sasar jualan RM80 juta menerusi 13 ekspo antarabangsa
EWON bersama penganjur, pemimpin persatuan dan tetamu kehormat semasa majlis.
Kota Kinabalu: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sabah menyasarkan potensi jualan sebanyak RM80 juta menerusi penyertaan dalam 13 ekspo antarabangsa sepanjang 2026, selaras usaha kerajaan negeri memperluas akses pasaran global bagi produk tempatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick berkata penyertaan dalam ekspo berkenaan akan menjadi platform strategik kepada syarikat berpangkalan di Sabah untuk meningkatkan kesiapsiagaan eksport, menjalin kerjasama antarabangsa serta meneroka pasaran baharu.

Advertisement
“Pada 2026, kementerian dijangka menyertai 13 ekspo antarabangsa dengan sasaran potensi nilai jualan sebanyak RM80 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina Persatuan PKS Sabah di sini, Khamis.

Antara acara antarabangsa yang dijadual berlangsung antara Mac hingga Jun ialah FHA–Food & Beverage di Singapura, Thaifex Anuga Asia di Thailand serta Seoul Food & Hotel di Korea Selatan yang dijangka memperkukuh daya saing produk Sabah di peringkat serantau dan global.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri, berkata produk Sabah mempunyai daya tarikan komersial yang kukuh di peringkat antarabangsa dan PKS tempatan berupaya bersaing secara global dengan persediaan serta sokongan yang tepat.

Beliau turut mengakui kebimbangan komuniti perniagaan berhubung kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar yang menjejaskan pergerakan logistik di Sabah.

Advertisement
Katanya, Kabinet negeri pada 4 Feb lalu telah meluluskan Pelan Tindakan Interim bagi menangani isu tersebut sementara kerja-kerja peluasan pelabuhan diteruskan.

Selain peluasan pasaran dan penambahbaikan infrastruktur, Ewon berkata pengiktirafan kecemerlangan perniagaan juga penting dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan, sambil menambah Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (AKIS) akan terus diperkasa bagi menonjolkan inovasi serta daya saing pemain industri.

Advertisement
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan PKS Sabah bagi menyokong penganjuran makan malam gala serta inisiatif Biro Usahawan Wanita persatuan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan PKS Sabah Deledda Tan berkata PKS kini berdepan persekitaran operasi yang mencabar susulan peningkatan kos dan keperluan pematuhan peraturan yang semakin ketat.

Menurutnya, pelaksanaan e-invois, keperluan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), peningkatan kos tenaga kerja serta kemasukan lebih banyak pemain antarabangsa, khususnya dari China, meningkatkan persaingan dalam pasaran domestik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan PKS kekal sebagai tunjang utama ekonomi Sabah kerana berperanan mewujudkan peluang pekerjaan, memacu inovasi dan menyokong komuniti di seluruh negeri.

Deledda berkata persatuan itu berharap sokongan kerajaan dapat diteruskan menerusi pembiayaan mudah diakses, geran serta dasar yang membantu usahawan tempatan menampung kos transformasi digital dan peluasan perniagaan.

Beliau turut mengumumkan bahawa SME Sabah akan menganjurkan delegasi perniagaan ke Hainan pada Mac bagi meneroka peluang kerjasama rentas sempadan, selain melancarkan aplikasi mudah alih persatuan bagi memperkukuh rangkaian serta penglibatan ahli.

Pengerusi Penganjur Sally Chen berkata makan malam gala tersebut mencerminkan perpaduan serta ketahanan komuniti PKS Sabah merentasi pelbagai sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, pelancongan, teknologi dan logistik.

Majlis itu menghimpunkan usahawan, pemimpin industri, wakil institusi perbankan serta pegawai kerajaan sebagai platform memperkukuh kerjasama dan menyokong pertumbuhan berterusan ekosistem PKS Sabah.

Hadir sama, bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden Kehormat Seumur Hidup (Pengasas) Persatuan PKS Sabah Profesor Datuk Foo Ngee Kee, Presiden Kehormat Seumur Hidup Datuk Frankie Liew, Penasihat Kehormat Datuk (Dr) Tan Kai Teck dan Datuk Susan Wong, serta Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sabah Datuk Michael Lui Yen Sang, selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri, wakil pemimpin negeri dan kementerian, konsulat asing, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), persatuan perniagaan serta penaja.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here