Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Bot kargo bawa bahan api tanpa permit ditahan
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Bot kargo bawa bahan api tanpa permit ditahan
BOT itu membawa petrol dan diesel bernilai RM5,000.    
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot kargo yang disyaki membawa petrol dan diesel tanpa permit sah dalam operasi di perairan Kuala Kaindangan, Pitas, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Hasbullah Omar, berkata bot kargo berkenaan dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika menjalankan rondaan rutin sebelum pemeriksaan lanjut mendapati ia membawa barang kawalan tanpa dokumen pengesahan yang sah.

Advertisement
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit membawa petrol dan diesel yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5,000.

“Bot kargo itu dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 60 tahun bersama seorang kru lelaki berumur 38 tahun. Kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen berkaitan pengangkutan barang kawalan apabila diminta pegawai pemeriksa,” katanya dalam satu kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Susulan itu, bot kargo bersama muatan ditahan sebelum diiring ke Jeti Sabah Port Kudat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa kebenaran sah.

Advertisement
Dalam pada itu, Hasbullah menegaskan pihaknya akan terus mempergiat rondaan serta pemantauan di perairan utara Sabah bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan barang kawalan yang boleh menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut supaya menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here