Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? angkat tema kecurangan, perceraian
Published on: Saturday, February 07, 2026
Published on: Sat, Feb 07, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? angkat tema kecurangan, perceraian
ANTARA babak dalam filem Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?.
FILEM terbaru Indonesia penuh emosi dan mengundang air mata, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? bersedia menyentuh hati penonton Malaysia bermula 5 Februari.

Filem ini menampilkan pelakon yang popular dengan watak Bawang Putih dalam kalangan penonton Malaysia, Revalina S. Temat bersama pelakon Gunawan Sudrajat, Megan Domani, Annisa Kaila, Roy Sungkono, Risma Nilawati, Dhawiya Zaida, Daniella Sya, Alex Abbad, Sheila Kusnadi, Venly Arauna, and Ustazah Shofwatunnida. 

Advertisement
Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? diarahkan Jay Sukmo yang dikenali menerusi karya-karya beremosi seperti The Chocolate Chance, Jendela Seribu Sunga’i dan Culture Shock yang pernah menduduki carta Top 1 Netflix Indonesia selama lapan minggu berturut-turut. Skrip oleh Utiuts dan Priska Amalia.

Sedang hangat ditayangkan di pawagam negara jiran, filem ini dibawakan ke layar perak tempatan oleh Penerbit Indonesia, Paragon Pictures, Ideosourse Entertainment dan Penerbit Bersama, Astro Shaw.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
ANTARA babak dalam filem Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?. Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? menampilkan kisah yang menyentuh realiti kehidupan dengan memfokuskan kepada keupayaan untuk memaafkan dan melepaskan, khususnya daripada sudut pandang seorang wanita yang dikhianati. 

Mengangkat tema kecurangan, perceraian serta luka emosi dalam institusi keluarga, penceritaan filem ini menyelami peranan doa sebagai penenang jiwa dan kekuatan utama bagi golongan wanita untuk bangkit daripada trauma.

Advertisement
Watak Sarah, lakonan penuh jiwa Revalina, terpaksa tinggal sebumbung bersama bekas suaminya yang baru mengalami strok bersama isteri baharu demi melindungi mereka. Meskipun berat hati dan mendapat tentangan hebat daripada anaknya sendiri iaitu Laila, pengorbanan Sarah menguji batas kekuatan dan keikhlasan dirinya. 

Penerbit Eksekutif Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan Astro Shaw bertindak selaku Penerbit Bersama dan bertanggungjawab dalam menjalankan pemasaran dan pengedaran di Malaysia. 

Advertisement
“Hubungan erat Astro Shaw dengan Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment, yang terjalin sejak 2020 menerusi filem beberapa projek bersama telah membina kepercayaan dan keserasian kreatif yang sehaluan. Pak Robert Ronny dan pasukannya sentiasa mengalu-alukan kolaborasi dengan Astro Shaw, yang membolehkan gabungan industri filem dua negara mencapai potensi kreatif dan peluang pasaran secara optimum. 

“Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? menyelami tema pengkhianatan, kemaafan dan kebangkitan. Berbeza dengan filem ‘curang’ yang lain, naskhah ini lebih memfokuskan kepada perjalanan jiwa seorang ibu tunggal yang nampak kuat di luar, namun hancur di dalam. 

“Kami harap filem ini menjadi surat cinta kepada mereka yang bergelut dengan luka kehidupan untuk terus kuat dan menjadi peringatan bahawa doa-doa yang tak terucap tetap didengar,” katanya. 

Penerbit Eksekutif filem dan Ketua Pegawai Eksekutif Paragon Pictures, Robert Ronny berkata, “Kami ingin menampilkan sebuah filem yang bukan sekadar berkisar tentang konflik kehidupan, tetapi tentang doa-doa yang akhirnya menemukan jawapan melalui ketenangan jiwa dan keberanian untuk memaafkan. 

“Selain perspektif seorang ibu, filem ini turut mengetengahkan kesan perceraian dari sudut pandang seorang anak menerusi watak Laila, lakonan Annisa Kaila. Laila mewakili ramai kanak-kanak daripada keluarga berpecah yang terpaksa membesar sebelum waktunya, memendam emosi di tengah konflik ibu bapa.”

Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? merupakan sebuah filem kolaborasi Indonesia–Malaysia yang turut disokong oleh Netzme, KMIF, WOW Multinet Pictures dan Virtuelines Entertainment.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here