Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Tempahan bekalan hanya menerusi surat rasmi: DBKK
Published on: Thursday, March 05, 2026
Published on: Thu, Mar 05, 2026
Text Size:
Text:
Tempahan bekalan hanya menerusi surat rasmi: DBKK
Kota Kinabalu: Orang ramai diingatkan bahawa semua tempahan pembekalan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hanya dikeluarkan melalui pemakluman bertulis menerusi surat atau e-mel rasmi serta dokumen yang diperakui.

Dalam kenyataan pada Rabu, DBKK menjelaskan bahawa tempahan sedemikian tidak dibuat melalui saluran peribadi seperti WhatsApp, akaun media sosial persendirian atau panggilan tidak rasmi.

Advertisement
“DBKK mengambil maklum mengenai pihak yang menyamar dan menyalahgunakan identiti serta jawatan pegawai kanan DBKK untuk membuat tempahan palsu melalui aplikasi pesanan WhatsApp,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya menentusahkan sebarang tempahan yang dibuat atas nama DBKK dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Hal Ehwal Korporat di 088-521800 sebelum menerima atau memproses tempahan terbabit bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
DBKK menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan penyamaran, penipuan atau penyalahgunaan nama pegawai, jabatan atau organisasi dan tindakan undang-undang tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Orang ramai yang mengesyaki sebarang cubaan penipuan digesa untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here