Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
P.E.M.T.S mahu tindakan diambil ke atas individu guna AI hasil lagu Murut berunsur lucah
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
P.E.M.T.S mahu tindakan diambil ke atas individu guna AI hasil lagu Murut berunsur lucah
PERSATUAN Etnik Murut Timugon Sabah (P.E.M.T.S) berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didakwa menyalahgunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan dan menyebarkan lagu Murut berunsur lucah di media sosial.

Presidennya Junik Bajit berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja melanggar norma budaya dan nilai kesopanan masyarakat, malah mencemarkan imej komuniti Murut Timugon serta boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan dalam kalangan masyarakat setempat.

Advertisement
Menurutnya, kandungan lagu berkenaan secara keseluruhannya bersifat lucah dan tidak mencerminkan identiti sebenar seni serta budaya Murut.

“Saya sebagai wakil masyarakat Murut Timugon menggesa pihak SKMM supaya menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan, termasuk menyekat atau memadam lagu berkenaan agar ia tidak terus tersebar serta mencemarkan imej penyanyi lain.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here