Menurutnya UPP menetapkan sasaran tahun ini untuk memastikan semua pokok yang diselenggara oleh DBKK berada dalam keadaan selamat dan sihat.
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Advertisement
Advertisement
Pemandu berkenaan menyalurkan maklumat berkaitan aduannya kepada Hotline sebelum perkara itu dipanjangkan kepada DBKK.
Jurucakap itu berkata lapan kakitangan UPP dihantar ke Kingfisher Cove tidak lama selepas pihak media menghubungi agensi berkenaan.
“Mereka menggunakan gergaji rantai untuk memotong dahan pokok yang terlalu panjang di kedua-dua belah jalan antara bulatan Kingfisher Cove dan Riverside.
“Sebarang tumbuhan menjalar dan sulur air yang tumbuh daripada pokok sedia ada turut dibuang,” katanya.
Menurutnya sebuah kenderaan skymaster dan lori terbuka lapan tan digunakan bagi memudahkan kerja tersebut.
Pasukan berkenaan bekerja hingga lewat petang untuk membersihkan sisa pemangkasan namun tidak dapat mengangkut semuanya sekaligus dan kembali beberapa hari kemudian untuk menyelesaikan kerja tersebut.
Sementara itu seorang penduduk Kingfisher Cove, Eduard berharap DBKK mempertimbangkan untuk menukar jenis pokok yang ditanam di pembahagi jalan di kawasan tersebut.
“Spesies pokok dan pokok renek yang ada sekarang tidak sesuai untuk pembahagi jalan kerana dahannya tumbuh ke sisi dan bukannya ke atas.
“Bagi mengelakkan kereta tercalar, kami terpaksa memandu di atas garisan putih yang menandakan sempadan dua lorong jalan,” jelasnya.
Eduard berpendapat pokok yang mempunyai batang lebih kecil serta kanopi yang tumbuh ke atas mungkin lebih sesuai.
“Pokok seperti itu memerlukan penyelenggaraan yang lebih sedikit dan boleh memberikan lebih teduhan kepada pengguna jalan raya,” katanya.







