Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Pemuda 19 tahun terima padah simpan baju curi
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pemuda 19 tahun terima padah simpan baju curi
Kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki berusia 19 tahun kerana menyimpan baju-T curi.

Leezvonel Vonie mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan memiliki satu baju-T putih dan satu baju-T hitam milik Mat Clothing pada jam 4.20 petang, 4 Februari lalu di hadapan Grand Merdeka Mall, Bandar Sierra, Manggatal.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh ditahan dan diserahkan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah selepas premis berkenaan dipecah masuk dan tiga helai baju-T dilaporkan hilang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Leezvonel mengaku menyimpan dua daripada pakaian yang dicuri itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap.

Advertisement
Dalam kes berasingan dua lelaki turut didakwa secara berasingan kerana memiliki kabel curi milik Telekom Malaysia.

Pemandu van Md Jenddy Md Jamal, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki satu meter kabel curi pada 3 Februari lalu, jam 3 petang di tepi Jalan Haiwan, Kampung Likas.

Advertisement
Seorang lagi tertuduh yang bekerja sendiri, Stenlley Jimi, 32, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dua gulung kabel tembaga curi pada 4 Februari, jam 3.10 pagi di Kolombong.

Pihak pendakwaan ketika memohon tarikh sebutan semula kes mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam bela bertugas Lim Ming Zoong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah jaminan yang lebih rendah.

Mahkamah menetapkan 2 April untuk pengurusan kes pra-perbicaraan bagi setiap pertuduhan dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here