Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Warga emas, wanita OKU diselamat
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Warga emas, wanita OKU diselamat
ANGGOTA bomba menyelamatkan warga emas itu.
LAHAD DATU: Seorang warga emas berusia 72 tahun selamat dipindahkan selepas terperangkap apabila banjir kilat melanda Kampung Wawasan 2, di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.01 petang.

Advertisement
Menurutnya, seramai 10 anggota bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian dengan dua jentera serta sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan seorang warga emas terperangkap di kawasan banjir. Mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat menggunakan tali penyelamat. Pasukan kemudiannya memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sumsoa berkata operasi berkenaan tamat pada jam 5.46 petang selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Dalam kejadian berasingan pada hari sama, seorang wanita kurang upaya (OKU) yang terperangkap di rumahnya di Kampung Indah Jaya turut diselamatkan.

Advertisement
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.45 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan membantu mangsa yang lumpuh dan memindahkannya ke rumah ahli keluarganya menggunakan pengusung,” katanya, menambah operasi tamat pada jam 3.58 petang.

Advertisement
Kampung Wawasan 2 dan Kampung Indah Jaya adalah antara kawasan terjejas akibat banjir kilat susulan hujan berterusan pada Rabu.

Sebelum itu, dilaporkan sebuah rumah di Kampung Pisang serta dua buah kenderaan di Jalan Singgamata dihanyutkan arus banjir.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here