Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Jambatan Sungai Liawan kini siap sepenuhnya
Published on: Tuesday, February 03, 2026
Published on: Tue, Feb 03, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Jambatan Sungai Liawan kini siap sepenuhnya
KEADAAN jambatan sungai Liawan di Kampung Dangulad yang sudah siap sepenuhnya.
KENINGAU: Penduduk Kampung Dangulad kini mampu menarik nafas lega apabila jambatan Sungai Liawan yang  dinanti-nantikan siap sepenuhnya.

Ramai pengguna yang ditemui menzahirkan rasa gembira kerana laluan berkenaan lebih selesa dan selamat berbanding sebelum ini yang tidak boleh dilalui apabila sungai banjir.

Advertisement
Pengguna jambatan melibatkan penduduk Kampung Kota Ayangan, Toboh Laut, Tigot, Tuarid Taud, Dangulad dan beberapa buah kampung di sekitarnya.

Pembinaan jambatan terbabit adalah hasil usaha bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Datuk Robert Tawik yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Desakan pembinaan jambatan itu berikutan kejadian kenderaan dihanyutkan arus deras banjir semasa menyeberangi laluan “low level crossing” yang turut mengorbankan nyawa beberapa tahun lalu.

Dengan siapnya jambatan baharu berkenaan ia sekali gus menjadi laluan alternatif penduduk di kawasan Kota Ayangan dan kampung-kampung yang berhampiran apabila berurusan di pejabat-pejabat kerajaan yang kebanyakannya terletak di bandar lama Keningau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here