Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Mayat lelaki ditemui dekat Sungai Kalansanan
Published on: Monday, March 02, 2026
Published on: Mon, Mar 02, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Mayat lelaki ditemui dekat Sungai Kalansanan
Kasim menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Kota Kinabalu: Mayat seorang lelaki ditemui dekat Sungai Kalansanan di Inanam, di sini, Ahad, dengan polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai seorang Penduduk Tetap berusia 34 tahun yang memiliki kad pengenalan MyPR.

Advertisement
“Kami menerima panggilan kira-kira jam 10.27 pagi daripada petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang membuat penemuan itu di tebing sungai berhampiran laluan pintas ke Ujana Kingfisher,” kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda dalam satu kenyataan, di sini.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan atau unsur jenayah pada mayat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sepasukan anggota yang digerakkan ke lokasi kejadian menemui mayat itu kira-kira 30 meter dari jalan utama dan seterusnya menjalankan pemeriksaan rapi di kawasan berkenaan.

Mayat dihantar untuk bedah siasat.

Advertisement
Kasim menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here