Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Pusat Islam Sandakan sudah siap 90 peratrus
Published on: Thursday, March 05, 2026
Published on: Thu, Mar 05, 2026
Text Size:
Text:
Pusat Islam Sandakan sudah siap 90 peratrus
Mir Zafriz Mior Zawar
SANDAKAN: Pembinaan Pusat Islam Sandakan di Kampung Sungai Kayu kini mencapai 90 peratus kemajuan dengan struktur seni bina luaran kompleks berkenaan hampir siap sepenuhnya.

Arkitek Projek Pusat Islam Sandakan Mir Zafriz Mior Zawar berkata pihaknya ketika ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja kemasan dalaman termasuk pemasangan jubin serta pemasangan Glass Fibre Reinforced Concrete (GFRC) bagi reka bentuk geometri hiasan dalaman masjid.

Advertisement
“Kerja-kerja di bahagian luar terjejas sedikit oleh faktor cuaca kerana sekurang-kurangnya tiga hari tanpa hujan diperlukan untuk memastikan proses pembinaan berjalan dengan lancar.

“Pihak kontraktor juga telah diminta untuk menambah bilangan pekerja di tapak binaan bagi memastikan baki kerja dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan,” katanya ketika menyampaikan taklimat sempena lawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman ke tapak pembinaan Pusat Islam Sandakan pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pusat Islam Sandakan dijangka siap pada penghujung Mei 2026 namun pihak kontraktor berharap dapat menyiapkannya lebih awal.

Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, Pusat Islam Sandakan direka bentuk sebagai pusat penyebaran syiar Islam dan penyatuan ummah khususnya di daerah Sandakan. 

Advertisement
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila Hazem Mubarak Musa, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Walter Kenson dan Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner George Abd Rakman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here