Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pelan Induk EA pandu hala tuju DBKK
Published on: Tuesday, February 03, 2026
Published on: Tue, Feb 03, 2026
By: Wu Vui Tek
Text Size:
Text:
Pelan Induk EA pandu hala tuju DBKK
JONISTON (dua dari kiri), Chan (tengah), Sabin, Lifred (dua dari kanan) dan Robert (kanan) memotong kek ulang tahun.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang melaksanakan pembangunan Seni Bina Perusahaan (EA) dengan bantuan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kata Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Beliau berkata Pelan Induk EA itu akan memandu DBKK ke arah menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi, dengan perancangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diselaraskan dengan misi DBKK melalui pewujudan Single Source of Truth.

Advertisement
“Pendekatan ini membolehkan pembuatan keputusan yang lebih pantas dan tepat kerana pengurusan tertinggi DBKK akan mempunyai akses kepada data bersepadu bagi menyokong keputusan berasaskan bukti dan dipacu data,” katanya ketika Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu di pekarangan bangunan DBKK, di sini, Isnin.

Majlis itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabin berkata pelaksanaan tersebut juga akan membawa kepada penjimatan kos jangka panjang dengan mengelakkan perolehan berulang, memaksimumkan penggunaan teknologi sedia ada serta mengurangkan kos integrasi sistem.

Inisiatif itu, katanya, selari dengan agenda Bandar Pintar yang menjadi teras transformasi pengurusan bandar.

Advertisement
Menurutnya, DBKK menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan Malaysia apabila mencapai status Early Adopter di bawah Penarafan Bandar Pintar Malaysia.

Kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus diperkukuh bagi menyokong infrastruktur digital dan keterhubungan bandar, katanya.

Advertisement
Inisiatif seperti pencahayaan bandar cekap tenaga, pemerkasaan keselamatan siber serta penerapan teknologi pintar kekal menjadi keutamaan bagi memastikan sistem bandar yang lebih selamat, cekap dan berdaya tahan, tambahnya.

“Kota Kinabalu ialah sebuah bandar pesisir yang unik. Ia merupakan pintu masuk utama pelancongan Sabah, pusat pentadbiran negeri serta tumpuan penduduk dan pelaburan,” katanya.

“Namun, ekonomi bandar yang terlalu bergantung kepada pelancongan semata-mata adalah tidak mencukupi dan tidak mampan dalam jangka panjang.

“Pelancongan perlu diperkukuh, tetapi sebuah bandar berdaya tahan memerlukan asas ekonomi yang lebih kukuh, bernilai tinggi dan lebih pelbagai,” katanya.

Berpandukan aspirasi Sabah Maju Jaya, Sabin berkata pendekatan pembangunan DBKK menggabungkan sektor ekonomi strategik, keadilan sosial dan tarikan berkualiti yang saling melengkapi.

Antara teras utama ialah Projek Lautan Biru, yang lebih dikenali sebagai Projek Tuna, selain usaha memperkukuh sektor perikanan dan aktiviti makanan laut bernilai tinggi.

Beliau berkata projek itu merupakan strategi ekonomi menyeluruh untuk meletakkan Kota Kinabalu sebagai bandar perdagangan makanan laut premium yang mampu menjana pekerjaan berkualiti, menarik pelaburan serta mengekalkan nilai ekonomi dalam bandar dan di Sabah.

Pembangunan ekonomi waktu malam juga, katanya, diberi keutamaan sebagai pelengkap kepada aktiviti siang hari.

Ekonomi malam yang dirancang dengan baik dan selamat bukan sahaja akan menghidupkan bandar, malah memperluas peluang pendapatan kepada peniaga kecil, usahawan tempatan dan komuniti bandar.

Sabin berkata pembangunan bandar mesti memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Usaha penstrukturan semula penempatan setinggan, penyediaan perumahan yang lebih terancang dan bermaruah serta jaminan akses kepada kemudahan asas mencerminkan komitmen DBKK untuk memastikan pembangunan bandar tidak meminggirkan mana-mana lapisan masyarakat, katanya.

Dari segi persekitaran fizikal, beliau berkata DBKK terus menaik taraf pencahayaan bandar, memperluas kawasan hijau dan meningkatkan aspek keselamatan bagi menjadikan bandar lebih selesa dan menarik untuk didiami serta dikunjungi.

Beberapa inisiatif strategik turut diberi keutamaan, termasuk pembangunan Taman Botani sebagai ruang hijau dan pendidikan alam sekitar, pemuliharaan kawasan warisan Atkinson, penaiktarafan kemudahan jeti DBKK bagi menyokong pelancongan dan ekonomi maritim, serta pembangunan kawasan berimpak tinggi seperti KK Sentral sebagai hab bandar yang lebih tersusun dan berdaya saing.

Bagi menambah baik mobiliti bandar, beliau berkata Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan awam dikenali sebagai Pink Bus (Bas Pink), yang dijadualkan mula beroperasi pada April tahun ini sebagai alternatif yang lebih inklusif dan mesra pengguna.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin, Ketua Pengarah DBKK Datuk Lifred Wong dan Timbalan Ketua Pengarah Robert Lipon.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here