Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Ewon lawat pemohon Rumah SMJ Dun Kadamaian
Published on: Monday, February 02, 2026
Published on: Mon, Feb 02, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Ewon lawat pemohon Rumah SMJ Dun Kadamaian
EWON (kanan) melawat keluarga pemohon Rumah SMJ dalam Dun Kedamaian.
KOTA BELUD: Sebanyak tujuh pemohon Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) di Kadamaian pada Sabtu menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Ewon meluangkan masa sehari mengunjungi  semua penduduk yang mengemukakan permohonan terbabit kepada Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian.

Advertisement
“Hari ini saya bersama UPPM Kadamaian meninjau sebanyak tujuh buah rumah di kawasan Kadamaian iaitu Kampung Tambulion, Piasau, Rangalau, Bukid, Tegudon, Nahaba dan Kelawat. 

“Lawatan ini sekali gus memberi peluang kepada saya untuk bertemu secara langsung dengan pihak keluarga pemohon serta melihat sendiri keadaan kediaman semasa mereka,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau terdapat beberapa rumah yang sangat daif selain sesetengah rumah dihuni lebih 10 orang termasuk ibu bapa, anak-anak serta cucu-cucu yang berkahwin.

“Ada anak-anak yang masih bersekolah dan keadaan rumah yang sempit serta uzur menjadi cabaran besar kepada mereka untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah,” ujarnya.

Advertisement
Sehubungan itu Ewon menegaskan komitmen Kerajaan Sabah dalam menyediakan Rumah SMJ kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. 

Menurutnya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) diperuntukkan sebanyak 50 buah Rumah SMJ pada tahun ini namun keperluan tambahan khususnya melibatkan keluarga yang mendiami rumah sehingga tiga generasi akan terus dibawa untuk pertimbangan kerajaan negeri.

Advertisement
“Bagi tahun ini sebanyak 50 buah Rumah SMJ baharu akan dibina di kawasan Dun Kadamaian dan pelaksanaannya diharapkan dapat dibuat dengan kadar segera.

“Sekiranya terdapat keperluan tambahan sudah tentu menjadi tanggungjawab saya untuk berbincang dengan Ketua Menteri Sabah memandangkan Dun Kadamaian merupakan antara kawasan yang amat memerlukan bantuan pembinaan rumah baharu,” jelasnya.

Sebagai Adun Kadamaian katanya isu perumahan merupakan antara perjuangan peribadinya dalam mengangkat kesulitan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di kawasan itu. 

“Program Rumah SMJ telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu namun terdapat permohonan tambahan berkaitan pemasangan tiang serta sambungan elektrik ke rumah-rumah baharu yang terletak jauh dari sumber bekalan sedia ada.

“Perkara ini akan kita bantu sedaya upaya melalui peruntukan Adun,” katanya dan menambah pembinaan Rumah SMJ turut disertakan dengan kemudahan utiliti asas seperti bekalan air dan elektrik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here