Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Min Yasmin, Julfekar angkat bahasa etnik
Published on: Monday, February 02, 2026
Published on: Mon, Feb 02, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Min Yasmin, Julfekar angkat bahasa etnik
MIN Yasmin dan Julfekar.
PENYANYI Min Yasmin mempromosikan bahasa etnik dan etnolinguistik Sabah menerusi album terbaharunya yang menyaksikan kolaborasi bersama 11 penyanyi tempatan negeri ini.

Menerusi album berjudul Min Yasmin & Sabahans itu, yang diterbitkan oleh komposer dan produser Sabah Julfekar, lagu-lagu yang dimuatkan dinyanyikan dalam pelbagai bahasa etnik yang mencerminkan kekayaan warisan budaya negeri ini. 

Advertisement
Min Yasmin berkolaborasi dengan 11 penyanyi daripada pelbagai etnik Sabah iaitu Kadazan, Dusun, Bajau Samah Pantai Barat, Sungai, Brunei, Rungus, Murut, Suluk, Iranun, Bajau Samah Pantai Timur dan Bisaya.

Menurut Julfekar, album berkenaan yang mengandungi keseluruhan 11 lagu, bertujuan memelihara dan meraikan kepelbagaian budaya Sabah yang kaya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Muzik menjadi medium untuk saya dan Min berkongsi bahasa, keamanan dan cinta dengan dunia.

“Diharapkan pendengar akan menyokong misi dan visi kami dalam usaha mengangkat serta menghormati warisan budaya melalui bahasa muzik yang bersifat universal,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbabit diterbitkan oleh Julfekar manakala liriknya ditulis oleh penulis lirik daripada pelbagai latar bahasa etnik di Sabah.

Setakat ini, Julfekar berkata empat lagu beserta empat video muzik dalam bahasa Bajau Samah Semporna, Dusun, Bisaya dan Iranun telah dilancarkan dan boleh ditonton menerusi saluran Julfekar Music Channel.

Advertisement
“Sebanyak tujuh lagi lagu dalam bahasa etnik lain akan menyusul tidak lama lagi,” kata komposer lagu Elergi Sepi itu.

Min Yasmin, yang dikenali sebagai penyanyi multilingual serta penerima Outstanding Asian Singer Award 2015 di Filipina, merupakan penyanyi antarabangsa Melayu dari Johor yang cukup dikenali di negara terbabit.

Memulakan langkah dalam bidang seni sejak 2010, Min Yasmin telah merakamkan lebih 20 lagu dalam pelbagai bahasa.

Selain album Min Yasmin & Sabahans yang kini dalam pembikinan, Min Yasmin turut bakal tampil dengan sebuah album solo berbahasa Melayu pada tahun ini. 

Album Min Yasmin & Sabahans pula dijangka dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here