Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Bahasa sokong titah Agong martabatkan Bahasa Melayu
Published on: Saturday, January 24, 2026
Published on: Sat, Jan 24, 2026
Text Size:
Text:
Bahasa sokong titah Agong martabatkan Bahasa Melayu
Jasni turut menegaskan beberapa langkah proaktif perlu diambil, antaranya pemerkasaan pendidikan dengan memastikan kualiti pengajaran bahasa Melayu di sekolah sentiasa ditingkatkan.
Kota Kinabalu: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) menzahirkan sokongan padu terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan kepentingan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan alat perpaduan ketika merasmikan Pembukaan Sidang Parlimen baru-baru ini.

Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani berkata, titah Seri Paduka Baginda merupakan penegasan yang sangat tepat pada masanya memandangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai tonggak identiti negara di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu sentiasa dipelihara dan dihormati oleh semua pihak sebagai teras dan simbol penyatuan.

Advertisement
Menurut Jasni, kenyataan Seri Paduka Baginda mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap keharmonian dan perpaduan kaum.

“Apabila Yang di-Pertuan Agong menyentuh soal bahasa, ia adalah isyarat jelas bahawa bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, malah merupakan roh kepada perpaduan nasional. Di Sabah, kita melihat bahasa Melayu sebagai jambatan menghubungkan kepelbagaian etnik dan budaya rakyat yang unik,” ujar beliau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebagai badan yang memperjuangkan sastera dan bahasa di Negeri Di Bawah Bayu, Bahasa menyeru semua pihak — termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan institusi pendidikan — untuk mengambil serius titah berkenaan dengan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi dan harian, katanya.

Jasni turut menegaskan beberapa langkah proaktif perlu diambil, antaranya pemerkasaan pendidikan dengan memastikan kualiti pengajaran bahasa Melayu di sekolah sentiasa ditingkatkan.

Advertisement
“Manakala di sektor awam dan swasta beliau berharap agar papan tanda, dokumen rasmi dan komunikasi korporat mengutamakan Bahasa Melayu yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan penulis tempatan agar terus menghasilkan karya bermutu yang mampu mengangkat citra bahasa Melayu ke persada antarabangsa.

Advertisement
“Bahasa berharap kerajaan terus memberikan sokongan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) sastera untuk menjalankan aktiviti yang menyemarakkan lagi kecintaan terhadap bahasa kebangsaan.”

“Kami di Bahasa sentiasa bersedia menjadi rakan strategik kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk memastikan titah Seri Paduka Baginda diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang berkesan di seluruh pelosok Sabah,” tambah Jasni.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here