Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Ella jalani latihan intensif sebelum konsert mega
Published on: Saturday, January 31, 2026
Published on: Sat, Jan 31, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Ella jalani latihan intensif sebelum konsert mega
ELLA bersama barisan artis jemputan yang bakal memeriahkan konsert berkenaan.
RATU Rock Ella menyifatkan konsert berskala stadiumnya, Majlis Tertinggi Rockqueen Ella, yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Februari depan, membawa makna yang jauh lebih mendalam daripada sekadar sebuah persembahan pentas.

“Ini adalah perjalanan emosi dan penghargaan buat peminat yang telah bersama saya sejak awal kerjaya.

Advertisement
“Kami kini sedang mengukuhkan kandungan konsert selain menjalani latihan intensif dari segi fizikal, vokal serta mental kerana ini merupakan persembahan solo terbesar sepanjang karier saya,” katanya ketika sesi jamuan tengah hari bersama media di Kuala Lumpur, Khamis.

ELLA menyifatkan konsert Majlis  Tertinggi Rockqueen Ella pada 14  Februari depan membawa makna yang jauh lebih mendalam daripada sekadar sebuah persembahan pentas.Diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada rakan media yang menjadi saksi serta penyokong setia perjalanan seni beliau selama lebih tiga dekad, majlis jamuan tengah hari itu turut menjadi pembuka tirai kepada konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pelantun lagu Sembilu dan Baldu Biru itu turut menegaskan bahawa konsert berkenaan bertunjangkan misi kebajikan, selari dengan kepercayaannya bahawa muzik mampu menyatukan serta memberi impak bermakna.

“Anda bukan sekadar penonton, sebaliknya anda adalah sejarah itu sendiri!” katanya.

Advertisement
Pemilik nama lengkap Nor Zila Aminuddin itu turut mengumumkan barisan artis jemputan yang bakal memeriahkan konsert berkenaan, antaranya Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys), sebagai simbol penyatuan pelbagai generasi dan sekali gus penghormatan terhadap perjalanan karier seninya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Hitman Group Rohit Rampal berkata pentas konsert terbabit dibangunkan dengan penuh teliti dan berinspirasikan legasi Ella sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangannya dalam industri muzik.

Advertisement
“Aspek audio, visual serta susunan kandungan persembahan dirancang secara menyeluruh bagi memberikan pengalaman bertaraf antarabangsa yang belum pernah disaksikan di Malaysia.

“Konsep pentas Separa Bulan atau Half Moon sepanjang 35 meter itu melambangkan Majlis Tertinggi Rockqueen sebagai simbol penyatuan peminat, sekali gus mencerminkan perjalanan sejarah yang dicipta bersama para penggemar muzik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here