Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Perkasa pembangunan sukan melalui latihan antarabangsa, kolaborasi universiti
Published on: Sunday, February 08, 2026
Published on: Sun, Feb 08, 2026
Text Size:
Text:
Perkasa pembangunan sukan melalui latihan antarabangsa, kolaborasi universiti
EVA Anatasia (kanan) menerima Anugerah Olahragawati Harapan daripada Nizam (tengah) disaksikan Setiausaha Tetap KBSK Datuk Mansur Asun (kiri).
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) terus memperkukuh pembangunan sukan negeri melalui latihan antarabangsa dan kolaborasi bersama universiti luar negara. 

Menterinya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, inisiatif strategik itu bertujuan meningkatkan kualiti latihan atlet melalui pendekatan sains dan teknologi sukan bertaraf antarabangsa, sekali gus melonjakkan daya saing atlet negeri ke peringkat lebih tinggi.

Advertisement
“Pada tahun ini, kementerian akan memeterai perjanjian latihan luar negara melibatkan beberapa sukan terpilih di Guangzhou Sport University yang merupakan antara tiga universiti sukan terbaik di China bagi memperkukuh kualiti latihan atlet Sabah ke tahap antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2023–2024 yang berlangsung di sini, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Nizam, pendekatan latihan berasaskan sains dan teknologi sukan merupakan pelaburan jangka panjang kerajaan negeri dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mampu bersaing bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah antarabangsa.

“Pendekatan latihan berasaskan sains dan teknologi sukan ini adalah pelaburan jangka panjang kerajaan negeri untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mampu bersaing di peringkat dunia,” katanya.

Advertisement
Selain itu, kementeriannya turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam usaha melahirkan atlet berkualiti tinggi melalui penyelidikan, pemindahan kepakaran serta penggunaan teknologi latihan moden.

Dalam usaha memastikan kesinambungan prestasi sukan negeri, Nizam berkata kementeriannya akan terus mempergiatkan pembangunan akar umbi menerusi penganjuran kejohanan di peringkat daerah, bahagian dan negeri termasuk Temasya Sukan Sabah (Saga).

Advertisement
“Penganjuran Saga di Tawau pada Oktober tahun lalu membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan sukan akar umbi apabila melibatkan penyertaan seramai 7,506 atlet dan pegawai dari seluruh Sabah,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Nizam turut menyampaikan Anugerah Khas kepada Cikgu Chong Man Kuen @ Andrew bagi pengiktirafan dalam pembangunan sukan Wushu peringkat sekolah, Borneo Samudera Sdn Bhd atas sokongan tajaan korporat, Sabah Softwoods Berhad bagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melibatkan sukan bola sepak, badminton, snuker serta penganjuran Brumas Wildlife Run, serta Jetama Sdn Bhd bagi CSR pembangunan sukan komuniti dan akar umbi.

Turut disampaikan ialah Anugerah Olahragawati Harapan Negeri Sabah kepada Eva Anatasia Warren (Muaythai), Anugerah Olahragawan Harapan Negeri Sabah kepada Jaethan Jonathan Quan (Muaythai), manakala Anugerah Persatuan Sukan Terbaik Negeri Sabah dianugerahkan kepada Persatuan Muaythai Negeri Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here