Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pasar Dinihari tidak ditutup, bakal distruktur semula
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Pasar Dinihari tidak ditutup, bakal distruktur semula
GEORGE (dua dari kiri) berbincang bersama Walter (tengah) mengenai Pasar Dinihari.
SANDAKAN: Isu berhubung operasi Pasar Dinihari di kawasan parkir Pasar Umum Sandakan yang dikatakan akan dihentikan selepas 28 Februari depan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peniaga selain disalah tafsir pihak tertentu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting Datuk George Hiew Vun Zin menegaskan bahawa langkah tersebut bukanlah penutupan sepenuhnya namun merupakan sebahagian daripada proses penstrukturan dan perancangan semula yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Advertisement
“Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini giat melaksanakan usaha penambahbaikan bandar khususnya di kawasan Pasar Umum Sandakan yang sering berdepan masalah kesesakan lalu lintas serta tahap kebersihan.

“Cadangan untuk menyusun semula Pasar Dinihari ini sebenarnya telah dibincangkan lebih awal termasuk mengenal pasti lokasi yang lebih sesuai seperti Pasar Ramai-Ramai bagi memastikan operasi peniaga dapat diteruskan dalam keadaan lebih teratur dan selesa,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Yap Hsiu Min ke pejabat Presiden MPS Walter Kenson pada Rabu bagi membincangkan susulan pengumuman berkenaan serta mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak terlibat.

Menurut George, beliau memberi jaminan bahawa MPS tidak akan membuat sebarang keputusan secara unilateral sebaliknya akan mengadakan sesi libat urus bersama peniaga terlibat bagi mendengar pandangan serta kebimbangan mereka.

Advertisement
“Saya berharap semua pihak yang terkesan dapat bersabar dan tidak salah mentafsir perkara ini. Ia adalah sebahagian daripada usaha pembaharuan bandar. 

“Pasar Dinihari tidak dimansuhkan sebaliknya dirancang semula supaya dapat beroperasi di lokasi yang lebih sesuai,” jelasnya.

Advertisement
George turut memaklumkan bahawa beliau terlibat secara langsung dalam proses perancangan pemindahan pasar tersebut semasa masih memegang jawatan Adun Karamunting. 

Menurut beliau antara perancangan awal yang pernah dipertimbangkan ialah memindahkan terlebih dahulu gerai borong sayur-sayuran ke Pasar Ramai-Ramai bagi melancarkan aliran trafik serta meningkatkan tahap kebersihan di sekitar Pasar Umum Sandakan.

Sehubungan itu beliau menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif pembaharuan dan inovasi yang dilaksanakan oleh MPS sambil menyeru semua pihak agar melihat isu ini dari sudut kepentingan jangka panjang pembangunan bandar Sandakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here