Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
TVS meriahkan sambutan Aidilfitri
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
TVS meriahkan sambutan Aidilfitri
TVS menyajikan pelbagai program dan drama menarik sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
TV Sarawak (TVS) terus memperkukuh komitmennya sebagai penyiar nasional yang dinamik dengan memperkenalkan Pesta Raya TVS serta barisan kandungan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia merangkumi drama bersiri popular dan program khas yang diraikan bersama penonton di seluruh negara.

Advertisement
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi Sidang Media Rancangan TVS 2026 yang berlangsung di ibu negara sekali gus mencerminkan usaha berterusan TVS dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi hasil kolaborasi strategik bersama penggiat seni dan kreatif tempatan di samping mengetengahkan jalan cerita menarik serta barisan pelakon berkaliber.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.

ANTARA barisan selebriti yang menghiasi program serta drama sepanjang Aidilfitri di TVS.Ketua Saluran TVS Mohd Aizal Ibrahim berkata pengenalan kandungan terbaru tahun ini merupakan sebahagian daripada perancangan strategik stesen tv terbabit untuk menawarkan rancangan yang segar, relevan dan dekat di hati penonton pelbagai lapisan masyarakat.

Advertisement
“TVS sentiasa komited untuk membawakan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan malah bermakna sebagai medium penceritaan mencerminkan realiti, nilai kekeluargaan serta kepelbagaian budaya masyarakat.

“Antara kandungan utama kita umumkan ialah drama ikonik Gerak Khas 2.0 yang bakal bersiaran mulai23 April 2025. Diterajui oleh Datuk Yusof Haslam drama ini mengembalikan francais popular tersebut dengan jalan cerita lebih banyak aksi dan mencabar.

Advertisement
“TVS turut memperkenalkan drama Siti in the City yang mula bersiaran pada 21 April 2025. Dibintangi Sweet Qismina, Adam Lee, Puteri Aisyah, Ameer Dawi, Sharifah Zarina dan Michelle Lungan drama ini mengangkat kisah kehidupan urban moden dengan sentuhan emosi dan realistik.

“Selain itu drama Halalkan Aku menampilkan Nafiz Muaz, Aniq Durar, Jihaa Sham, Lana Nodin danNik Rifaie yang mengupas konflik keluarga serta perkahwinan tanpa rela turut diperkenalkan. Drama ini bakal bersiaran pada Jun 2026.

“Kita juga membawakan drama bersiri Boneka dibintangi oleh Atiq Azman, Marc Benji, Nafiez Zaidi, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Aleeza Kasim, Sera Melissa, Nina Smith dan Rahim Jailani manakala drama The Trap menampilkan Shaza Bae, Aidit Noh, Ali Reza dan Fian Ali yang dijangka menarik perhatian penonton menerusi kisah taktik penipuan siber dan jenayah dalam talian,” katanya.

Sementara itu Mohd Aizal memaklumkan TVS turut memperkenalkan Pesta Raya TVS yang diserikan dengan pelbagai program khas bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata antara program terbabit termasuklah 3 Mak Dara Musim 2, Inspirasi Duniamu & Pesta Raya, Istimewa Anggun: Seri Aidilfitri, filem pendek raya berjudul Raya Paling Epik serta MV Raya Paling Epik.

Mohd Aizal menyatakan barisan program khas berkenaan dirangka untuk mengukuhkan nilai kekeluargaan dan kebersamaan yang menjadi teras sambutan Aidilfitri.

“Menerusi Pesta Raya dan program khas ini TVS berhasrat untuk terus menjadi platform yang menyatukan keluarga dan komuniti di samping memberi ruang kepada bakat kreatif tempatan untuk terus diketengahkan.

“TVS akan terus memperkukuh peranannya sebagai penyiar nasional dengan menampilkan kandungan tempatan berkualiti tinggi, memperluas kerjasama strategik industri serta memanfaatkan platform televisyen dan digital secara menyeluruh demi memenuhi keperluan penonton masa kini,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here