BEAUFORT: Dua kenderaan mengalami kemalangan sendiri apabila terbabas di sini dan di Membakut, pada Ahad.
Di Membakut, sebuah Proton Saga terbabas ke bahu jalan di Kilometer 17, Jalan Beaufort, berhadapan SMK Patrick Membakut, menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Wong Leong Meng, mengesahkan kenderaan itu terbabas sendiri.
“Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membawa mangsa yang mengalami kecederaan ringan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya
Pada hari yang sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda juga terbabas sendiri di Kampung Jempangah, Jalan Lintas, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi.
Pemandu lelaki berkenaan bernasib baik apabila tidak mengalami kecederaan serius walaupun kenderaannya terbabas dan memasuki kawasan ladang sawit.
“Saya menasihatkan semua pemandu agar memandu dengan berhati-hati.
“Kes seperti ini berkaitan kecuaian pemandu dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen Rule 10 LN 166/59,” katanya.