Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Waris harap pengiktirafan kerajaan
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Waris harap pengiktirafan kerajaan
SEBAHAGIAN ahli keluarga yang hadir untuk memberi penghormatan.
Kota Kinabalu: Sekumpulan keluarga Bajau Ubian yang nenek moyang mereka dibunuh di Petagas pada 21 Januari 1944 melancarkan satu inisiatif untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap waris mangsa perang, dengan menyusun rekod salasilah keluarga mereka sendiri merangkumi enam generasi.

“Kerajaan mempunyai rekod nama mangsa di tugu peringatan tetapi tiada daftar rasmi waris mereka,” kata Abdul Rahim Nazal (gambar), seorang waris generasi kedua yang menyelaras usaha dokumentasi tersebut.

Advertisement
“Kami berharap ada pengiktirafan yang sewajarnya tentang siapa waris sah,” kata lelaki berusia 88 tahun itu.

Keluarga-keluarga terbabit, yang mewakili 10 mangsa pembunuhan beramai-ramai daripada komuniti etnik Bajau Ubian menghasilkan sebuah buku terbitan sendiri pada 2025 yang mendokumentasikan salasilah daripada generasi pertama mangsa sehingga waris masa kini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here