Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pendidikan tinggi pemacu utama hubungan lebih erat Poland–Sabah
Published on: Saturday, January 24, 2026
Published on: Sat, Jan 24, 2026
Text Size:
Text:
Pendidikan tinggi pemacu utama hubungan lebih erat Poland–Sabah
Kota Kinabalu: Kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dikenal pasti sebagai pemacu utama bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Poland dan Sabah, khususnya melalui jaringan strategik antara institusi pengajian tinggi kedua-dua pihak.

Duta Besar Poland ke Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowski (kiri) berkata, hubungan antara universiti di Poland dan Sabah berpotensi besar untuk memberikan manfaat akademik di samping memperluas pertukaran sosial serta budaya antara kedua-dua negara.

Advertisement
“Kami melihat potensi yang sangat besar untuk mewujudkan hubungan lebih rapat antara universiti di Poland dan Sabah. 

“Melalui kerjasama ini, pelajar dari kedua-dua negara dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai budaya dan masyarakat masing-masing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apabila pelajar berkunjung ke negara lain, mereka bukan sahaja menimba ilmu akademik, malah berpeluang mengenali budaya dan rakyat negara tersebut dengan lebih dekat. Ini merupakan aspek yang amat penting dalam membina hubungan jangka panjang antara negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Jumaat.

Advertisement
Menurut Dobrowski, pengukuhan hubungan akademik juga boleh membuka ruang kepada kerjasama penyelidikan bersama, pertukaran pensyarah serta program mobiliti pelajar yang lebih tersusun, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan dan inovasi.

Selain sektor pendidikan, beliau turut menekankan potensi kerjasama antara Poland dan Sabah dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, termasuk teknologi hidrogen, selaras dengan peralihan global ke arah tenaga bersih dan mampan.

Advertisement
Dalam pada itu, Dobrowski menjangkakan peningkatan jumlah pelancong dari Poland ke Malaysia, khususnya ke Sabah, sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang dilihat mampu merancakkan lagi hubungan rakyat dengan rakyat serta sektor pelancongan negeri.

Sementara itu, Musa turut menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Ahsan Raza Shah, yang antara lain membincangkan usaha memperkasa pembangunan ekonomi serta kerjasama perdagangan antara Sabah dan Pakistan.

Syed Ahsan berkata, Sabah mempunyai peranan penting dalam landskap pembangunan Malaysia, menyifatkan negara ini sebagai sebuah negara Islam membangun yang menjadi rujukan kepada Pakistan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here