Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Konfrontasi di asrama pencetus utama: Pakar psikiatri forensik
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Konfrontasi di asrama pencetus utama: Pakar psikiatri forensik
Kota Kinabalu: Seorang Pakar Perunding Psikiatri Forensik memberitahu Mahkamah Koroner pada Khamis bahawa konfrontasi di asrama melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan pelajar senior merupakan faktor pencetus dan penyumbang utama pada malam sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama SMKA Tun Mustapha.

Dr Chua Sze Hung, 43, yang bertugas di Hospital Mesra Bukit Padang sejak 2022 berkata kejadian bunuh diri itu berkemungkinan tidak berlaku pada malam atau pagi tersebut sekiranya tiada konfrontasi di dorm berkenaan.

Advertisement
Saksi ke-67 itu memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan menjelaskan bahawa walaupun kemungkinan kejadian boleh berlaku pada waktu lain di bawah faktor ketidakstabilan tertentu, ia tidak mungkin berlaku pada masa tersebut tanpa insiden konfrontasi itu.

Menurut Dr Chua mekanisme daya tindak Zara sebelum ini banyak bergantung kepada sokongan rakan sebaya, interaksi sosial, penulisan diari serta pada tahap tertentu perlakuan mencederakan diri tanpa niat bunuh diri (NSSI).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun beliau percaya pada malam kejadian selepas konfrontasi itu, mangsa kehilangan keupayaan menggunakan mekanisme daya tindak tersebut.

Berdasarkan rekonstruksi kejadian di dorm katanya beberapa saksi mengesahkan berlaku sesi soal siasat terhadap mangsa di sudut kiri bilik.

Advertisement
“Sejurus selepas itu apabila Zara kembali ke dormnya dia berada dalam keadaan tertekan teruk, menangis dan menjerit menafikan sesuatu. Tangisannya menggambarkan keadaan luar biasa bagi dirinya,” katanya.

Dr Chua turut menegaskan bahawa beliau tidak menemui sebarang maklumat yang menunjukkan mangsa ditolak.

Advertisement
“Selepas bedah siasat psikologi dan temu bual menyeluruh terhadap 40 saksi, terdapat banyak faktor risiko dan pencetus kepada bunuh diri.

“Saya tidak menemui sebarang maklumat yang menunjukkan mangsa ditolak, dan merujuk kepada laporan pakar patologi forensik adalah tidak mungkin mangsa terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak,” katanya.

Beliau menambah kehadiran faktor risiko semata-mata tidak semestinya membawa kepada bunuh diri.

“Adalah lumrah untuk cuba mengaitkan bunuh diri dengan satu faktor sahaja namun hakikatnya ia jarang berlaku disebabkan satu faktor tunggal.

“Kebiasaannya ia melibatkan gabungan kerentanan sedia ada, pelbagai faktor risiko, faktor ketidakstabilan akut serta kekurangan sokongan dan mekanisme daya tindak,” jelasnya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dr Chua menerangkan bahawa bedah siasat psikologi ialah kaedah penyiasatan pascakematian yang digunakan di pelbagai negara.

“Ia merupakan proses penilaian retrospektif yang melibatkan pengumpulan maklumat daripada pelbagai pihak termasuk semakan rekod peribadi, perubatan dan dokumen lain bagi menentukan cara kematian.

“Terutamanya dalam situasi yang tidak jelas, ia melibatkan rekonstruksi keadaan mental, latar kehidupan, ciri personaliti dan faktor risiko berkaitan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam penilaian tersebut, kemungkinan lain seperti kemalangan atau penglibatan pihak ketiga turut dipertimbangkan, namun tiada bukti menyokong hipotesis berkenaan dalam kes ini.

Dr Chua menambah bahawa pendekatan yang diambil adalah konservatif memandangkan penilaian dibuat secara retrospektif tanpa peluang menemu bual mangsa secara langsung.

“Adalah tidak adil untuk membuat diagnosis penyakit mental tanpa maklumat mencukupi bagi memenuhi kriteria yang diperlukan,” katanya.

Menurutnya kesimpulan bahawa kematian itu paling konsisten dengan bunuh diri adalah berdasarkan kebarangkalian yang lebih tinggi berbanding kemungkinan lain.

Beliau juga menyatakan bahawa antara faktor perlindungan ialah hubungan mangsa dengan seorang pelajar senior yang dianggap sebagai individu penting dalam hidupnya serta menjadi contoh nilai termasuk nilai keagamaan.

Prosiding inkues bersambung pada 13 April ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here