Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Arthur Kurup diharap pacu momentum baharu BN Sabah
Published on: Friday, January 23, 2026
Published on: Fri, Jan 23, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Arthur Kurup diharap pacu momentum baharu BN Sabah
Zahid dan Arthur.
KINABATANGAN: Pelantikan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah diharap dapat membawa momentum lebih pragmatik khususnya dalam usaha menjenamakan semula gabungan parti itu di peringkat negeri.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan itu juga sebagai sebahagian langkah strategik bagi memastikan kepimpinan BN Sabah membawa perubahan besar, sekali gus sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Advertisement
Presiden Umno itu turut menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan kapasiti Arthur sebagai pemimpin muda yang memegang jawatan penting di peringkat Persekutuan iaitu selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, sekali gus menjadi pemangkin kepada penyelarasan kepimpinan BN Sabah yang lebih segar.

“Sudah tiba masa parti-parti dalam gabungan BN bekerjasama dan menjalin keserasian dan kita mesti memperlihatkan kelainan dalam kepimpinan BN Sabah. Saya amat berharap Datuk Seri Arthur dapat bersama dengan kepimpinan Umno Sabah bagi menjenamakan semula BN di negeri ini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Selain itu, menghidangkan pemangkin perubahan dalam kepimpinan BN dengan meletakkan beberapa keutamaan khususnya dalam menjalin kerjasama dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Santuni Rakyat anjuran Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Dataran Kinabatangan di sini.

Advertisement
Rabu lepas, mesyuarat Dewan Tertinggi BN memutuskan pelantikan Arthur sebagai Pengerusi BN Sabah yang baharu manakala Datuk Jafry Ariffin sebagai Timbalan Pengerusi BN Sabah dan Datuk Mohd Hasnol Ayub dilantik sebagai Setiausaha BN negeri.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rundingan dan perbincangan antara BN Sabah bersama Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), perlu dimulakan lebih awal bagi membolehkan BN dan Umno mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

Advertisement
“...dengan jalinan kerjasama yang baik ini, InsyaAllah kita akan dapat menyusun jentera secara bersama bagi menentukan calon-calon dan parti-parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah mendapat tempat di hati pengundi di Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here