Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Tempoh kelulusan pinjaman agensi Kuskop dipendek kepada lima hari 
Published on: Thursday, January 22, 2026
Published on: Thu, Jan 22, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tempoh kelulusan pinjaman agensi Kuskop dipendek kepada lima hari 
KINABATANGAN: Tempoh kelulusan permohonan pinjaman agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) akan dipendekkan kepada lima hari bekerja, kata Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata selain bagi mengurangkan karenah birokrasi, langkah itu penting untuk memastikan usahawan segera mendapatkan modal untuk meneruskan atau memulakan perniagaan.

Advertisement
Mohamad berkata antara agensi yang menawarkan pinjaman ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Kita dengar banyak aduan daripada usahawan yang pinjaman mereka lambat diluluskan. Kita mendengar rintihan ini, jadi kita (kementerian) bersetuju supaya dalam masa lima hari bekerja permohonan pinjaman mesti diluluskan tetapi dengan syarat dokumen semuanya mestilah lengkap.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita wujudkan juga perkongsian data di peringkat Kuskop supaya usahawan-usahawan ini tidak terbeban dengan pelbagai borang apabila membuat permohonan. Ini agar setiap kali mereka buat permohonan sudah ada data jadi tidak perlu berikan lagi dokumen atau data baharu,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) di Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan di sini pada Rabu. 

Advertisement
Pada program itu, Mohamad turut menyampaikan cek cura kepada beberapa usahawan serta koperasi sebagai komitmen berterusan Kerajaan Madani terhadap pembangunan koperasi dan keusahawanan di negara ini.

Beliau berkata program JMKU juga akan diperluaskan ke semua daerah di Sabah pada tahun ini bagi meningkatkan jualan dan pendapatan golongan usahawan.

Advertisement
Mengenai penyaluran dana pembiayaan berjumlah RM11 juta kepada Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh (Kopel) di sini, beliau berkata ia adalah untuk membolehkan koperasi berkenaan memperoleh aset dan memperbesarkan operasi perniagaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here