Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Keluasan Kinabatangan cabaran utama: Naim
Published on: Thursday, January 22, 2026
Published on: Thu, Jan 22, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Keluasan Kinabatangan cabaran utama: Naim
NAIM (kiri) ketika menyantuni penduduk kampung di Kinabatangan.
SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Kinabatangan Naim Moktar mengakui faktor keluasan daerah itu menjadi cabaran utama kepada pelaksanaan pembangunan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Menurutnya, meskipun banyak usaha pembangunan telah dilaksanakan di Kinabatangan, keluasan kawasan yang merangkumi pekan dan luar bandar menyebabkan manfaat pembangunan tidak dapat dirasai secara menyeluruh.

Advertisement
“Kinabatangan terlalu luas. Pembangunan yang dijalankan di Batu Puteh, contohnya, tidak semestinya dapat dirasai oleh penduduk di Kuamut atau kawasan lain. 

“Oleh itu, peruntukan yang lebih besar amat diperlukan bagi melaksanakan pembangunan asas secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui media di Kampung Batu Puteh pada Rabu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya masih banyak kampung yang belum menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik serta jaringan jalan raya yang baik, khususnya di kawasan luar bandar yang disifatkan daif berbanding kawasan pekan.

Dalam pada itu, Naim menegaskan Kinabatangan mempunyai potensi besar dalam bidang keusahawanan dan pelancongan, yang perlu diperkasakan melalui penyediaan infrastruktur serta dasar sokongan yang berkesan.

Advertisement
“Sekiranya saya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen saya akan menggunakan kemampuan dan dana yang ada untuk melaksanakan dasar bermula dari peringkat peniaga kecil supaya taraf kehidupan mereka dapat ditingkatkan,” katanya.

“Saya juga akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan bagi memastikan dasar kerajaan bukan sekadar didengar tetapi benar-benar dilaksanakan di peringkat akar umbi.”

Advertisement
Mengulas mengenai sektor pelancongan, Naim berkata infrastruktur keusahawanan pelancongan amat diperlukan bagi membantu pengusaha tempatan menjana pendapatan dan menarik lebih ramai pelancong ke Kinabatangan.

“Saya akan mengemukakan beberapa cadangan khusus kepada usahawan dan peniaga pelancongan agar ekonomi tempatan terus hidup dan mempunyai putaran ekonomi yang sihat,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here