Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sisa pembalakan didakwa cetus banjir luar biasa di Kinabatangan
Published on: Wednesday, February 25, 2026
Published on: Wed, Feb 25, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Sisa pembalakan didakwa cetus banjir luar biasa di Kinabatangan
SISA kayu balak hanyut kelihatan memenuhi permukaan sungai selepas banjir.
KINABATANGAN: Penduduk Kampung Warisan di Tongod mendakwa Sungai Melikup yang menjadi sumber air utama mereka kini dicemari sisa pembalakan sekali gus mencetuskan banjir luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penduduk Piouse Narusin, 60, berkata kejadian paling teruk direkodkan pada 30 Januari lalu apabila air sungai melimpah deras bersama timbunan kayu balak hanyut hingga merosakkan tanaman di tebing sungai.

Advertisement
“Selama kami tinggal di sini belum pernah berlaku banjir seteruk ini. 

“Apatah lagi sungai dipenuhi sisa kayu balak selain air turut berubah keruh,” katanya pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Piouse menambah empat lagi kampung berdekatan turut menghadapi nasib sama.

Susulan kejadian itu Piouse bersama beberapa penduduk meninjau kawasan hulu Sungai Melikup kira-kira 10 kilometer dari kampung di mana mereka menemui aktiviti pembalakan yang dipercayai menjadi punca pencemaran.

Advertisement
“Kami cuba berjumpa pihak pengurusan syarikat terbabit namun tidak dilayan.

“Penduduk juga sudah membawa perkara ini kepada agensi berkaitan Kerajaan Negeri tetapi jawapan yang diterima menafikan pencemaran berpunca daripada aktiviti pembalakan,” katanya.

Advertisement
Piouse yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sungai Kinabatangan memaklumkan penduduk kecewa dengan penafian itu dan berharap campur tangan segera Kerajaan Negeri bagi menghentikan kerosakan berterusan terhadap sungai di kawasan terbabit.

“Kami mahu sungai ini kembali bersih dan selamat digunakan. 

“Aktiviti pembalakan di kawasan bukit itu perlu dihentikan sebelum keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Beliau turut merayu perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor supaya menyiasat secara menyeluruh dakwaan pencemaran di kawasan pedalaman Kinabatangan itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here