Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Dua didakwa edar ekstasi
Published on: Wednesday, January 21, 2026
Published on: Wed, Jan 21, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua didakwa edar ekstasi
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 15 kali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua individu didakwa secara tentatif di Mahkamah Majistret pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah.

Siti Nur Dayana dan Md Fahmi Zainal masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an yang dihadapkan ke hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus dituduh mengedar 55.25 gram dadah jenis ekstasi pada 1 Januari tahun ini kira-kira jam 10 pagi di ruang tamu sebuah unit di tingkat 11, Vetro 11, Jalan Penampang.

Advertisement
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 15 kali jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya. Pendakwaan memohon satu tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan mencadangkan agar jaminan tidak ditawarkan memandangkan pertuduhan tersebut tidak boleh dijamin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Majistret Dzul Elmy menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan kes dan memerintahkan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam direman lanjut.

Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa atas dua pertuduhan memiliki harta curian.

Advertisement
Calvin On yang juga seorang tukang masak mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pertama Calvin didakwa menyimpan sebuah dompet curi yang mengandungi dokumen peribadi serta kad bank milik NorSabrina Suib pada 5 Januari tahun ini kira-kira jam 3.30 petang di kawasan semak berhampiran Pusat Komersial 88.

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua dia didakwa menyimpan sebuah komputer riba dan begnya yang juga disyaki curi pada tarikh dan masa yang sama di sebuah bilik sewa di atas deretan kedai di Pusat Komersial 88.

Setiap pertuduhan memperuntukan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dalam permohonan pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Lim Ming Zoong yang mewakili Calvin memohon jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai tukang masak, sudah berkahwin, mempunyai seorang anak dan merupakan pencari nafkah tunggal keluarga.

Mahkamah menetapkan 12 Mac depan untuk PTCM dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,700 dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here