Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya kesulitan dan risiko keselamatan ini dapat dielakkan sekiranya tindakan lebih tegas diambil terhadap aktiviti penjaja haram di sepanjang laluan sibuk berkenaan.
Individu tersebut telah menyalurkan aduan lengkap kepada Hotline termasuk masa dan tarikh beliau melihat gerai-gerai itu beroperasi di Jalan Pintas sejak beberapa minggu lalu sebelum maklumat berkenaan dikemukakan kepada DBKK.
Advertisement
Advertisement
“Selain itu mereka juga perlu menjelaskan bayaran tambahan RM300 setiap seorang sebelum barangan yang dirampas boleh dikembalikan,” katanya.
Jurucakap itu menafikan dakwaan bahawa DBKK menutup mata terhadap kegiatan penjaja haram di Jalan Pintas.
“Kami telah beberapa kali mengeluarkan kompaun dan merampas barangan penjaja yang melakukan kesalahan di kawasan ini, namun mereka masih mengulangi perbuatan sama,” jelasnya.
Beliau mengakui pihaknya berdepan cabaran besar menangani isu tersebut.
“Kami menutup gerai mereka tetapi mereka kembali berniaga satu atau dua hari kemudian selepas kakitangan kami beredar.
‘Mereka beroperasi selepas waktu pejabat sehingga jam 1 atau 2 pagi termasuk pada hujung minggu,” ujarnya.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pesalah berulang, dengan denda sehingga RM5,000 jika disabitkan kesalahan di mahkamah.
Bagaimanapun DBKK katanya sedang mempertimbangkan pendekatan alternatif yang kurang ekstrem.
“Kami merancang untuk memindahkan penjual durian ini secara berkelompok dari bahu jalan di kawasan pentadbiran kami ke lokasi yang lebih sesuai,” katanya.
Perkara itu menurut beliau telah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan DBKK baru-baru ini, dan pihaknya kini sedang menyenaraikan beberapa lokasi berpotensi untuk penempatan semula penjaja.
“Salah satu cadangan ialah memindahkan mereka ke pekan-pekan berhampiran yang mempunyai aktiviti komersial,” tegasnya.
Sementara proses tersebut dimuktamadkan beliau berkata pegawai pelesenan akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap penjaja haram di sekitar ibu negeri, termasuk di Jalan Pintas.






