LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan antara dua individu yang ditahan polis kerana dadah susulan dua operasi berasingan di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan di kawasan Batu 1, Jalan Segama.
Pemeriksaan terhadap lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu menemukan 5.02 gram syabu serta beberapa peralatan dalam pemilikannya.
Suspek juga didapati positif mengambil Amfetamin dan Metamfetamin.
“Siatan dijalankan di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah sebelum ini kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Dzulbaharin berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.