Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kabel milik TM rosak dihempap pokok tumbang
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Kabel milik TM rosak dihempap pokok tumbang
POKOK ketapang besar yang tumbang di hadapan sebuah premis restoran.
KUNAK: Tiang penyokong kabel milik Telekom Malaysia (TM) berhampiran sebuah restoran di Simpang  Empat, Jalan Kunak - Lahad Datu rebah selepas sebatang pokok ketapang tumbang pada petang Selasa.

Seorang pekerja restoran berkata premis itu ditutup seminggu lalu kerana majikanya bercuti di Indonesia.

Advertisement
“Saya terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum bergegas keluar. 

“Sejurus keluar saya melihat sebatang pokok ketapang besar tumbang betul-betul di hadapan premis restoran ini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Nasib tiada kereta parkir di bawah pokok itu,” kata pekerja tersebut ketika di temui di lokasi. 

Pokok besar yang tumbang itu menghempap tiang serta kabel milik Telekom Malaysia.

Advertisement
Bagaimanapun premis restoran itu terselamat walaupun beberapa wayar lampu hiasan di luar perkarangan kedai didapti terputus.

Sementara itu Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kunak Mohamad Omarbatha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengerahkan sepasukan anggota bersama jentera FRT ke lokasi untuk mengalihkan pokok terbabit.

Advertisement
Selain Bomba, pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Sabah Electricity (SE) turut berada di lokasi untuk membantu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here