Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kumpulan curi kabel di Keningau tumpas, 4 ditahan
Published on: Wednesday, March 04, 2026
Published on: Wed, Mar 04, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Kumpulan curi kabel di Keningau tumpas, 4 ditahan
SUSPEK menunjukkan lokasi aktiviti mencuri kabel.
KENINGAU: Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah tegar yang aktif menjalankan kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) dalam serbuan di Kampung Mogong-Tangaban di Tambunan, awal pagi Selasa.

Operasi itu susulan maklumat dan intipan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai polis kira-kira jam 2.30 pagi selepas mengesan kelibat beberapa individu dalam keadaan mencurigakan di lokasi itu.

Advertisement
Dalam serbuan awal terbabit, salah seorang suspek ditahan. Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penangkapan tiga lagi rakan subahatnya di lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai berkata empat suspek terbabit terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 49 tahun. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salah seorang suspek lelaki dikesan mempunyai banyak rekod jenayah lampau membabitkan 16 kes jenayah serta 10 kes berkaitan dadah manakala seorang lagi merupakan suspek yang dikehendaki membabitkan kes di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendedahkan modus operandi kumpulan terbabit adalah dengan menarik kabel bawah tanah menggunakan Proton Persona yang turut dirampas dalam operasi berkenaan.

Advertisement
Bagi memudahkan kerja-kerja menarik kabel yang berat, mereka menggunakan peralatan khas seperti rantaian besi dan pelbagai alat pemotong besi. 

Kumpulan itu menyasarkan kabel bawah tanah yang mempunyai isipadu besi padat ekoran nilainya yang tinggi di pasaran. Mereka menjalankan kegiatan mereka bermula waktu malam sehingga subuh sebelum membahagikan hasil jualan secara rata.

Advertisement
Selain kenderaan, polis turut merampas 16 barang kes yang digunakan dalam kegiatan terbabit termasuk rantaian besi, pemotong kabel, kuku kambing, tukul besi, serta dua telefon bimbit. 

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan memotong atau membencanakan kabel telekomunikasi yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.​

Permohonan reman akan dilakukan terhadap semua suspek bagi membolehkan siasatan lanjut termasuk ujian saringan air kencing memandangkan kesemua ahli kumpulan terbabit dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here