Kota Kinabalu: Main Dojo Persatuan Karate Sabah (SKA) merangkul kejuaraan keseluruhan untuk tahun ketiga berturut-turut pada Kejohanan Karate B-14, Kadet, Remaja dan B-21 Negeri Sabah ke-23 yang berlangsung di Dewan Sri Putatan pada hujung minggu.
Mereka memenangi sejumlah 12 emas, tujuh perak dan enam gangsa untuk mengungguli pungutan pingat.
Pemenang pingat emas mereka ialah Nur Ain Humairah Abdul Rahman (kata individu kadet perempuan), Ivy Catrinaz Zurizal (kumite kadet perempuan 54kg), kata berpasukan A lelaki remaja, Danish Rayyan Rajis (kata individu kadet lelaki dan kumite -57kg kadet lelaki), pasukan kumite ekstra lelaki, Nur Rasyiqah Fariah Razmi (kata individu perempuan junior), Adlin Vince Viceroy (kata individu lelaki junior, kumite lelaki junior -61kg) dan Habib Luthfi Habib Taha (kata individu lelaki B-14. Pingat perak pula disumbangkan Lashea Quisha Lumbidan Songping, pasukan kata kadet remaja lelaki B, Mohd Afiq Hazriq Sedry, Bibi Aysha Muhd Zain (dua), Lelaki Ryyen Ryye Gerrard Rojin, Diane Dane Cahilap dan Mickail Zaquaan Zurizal manakala gangsa dimenangi oleh pasukan kata berpasukan perempuan kadet junior, Neyo Xiao Le, Caleb Zi Xuan, kumite ekstra berpasukan perempuan, Vincent Veshawn dan Eddel Jerry Jaimun.
Kejohanan itu menyaksikan seramai 367 atlet daripada 26 pasukan bertanding selama empat hari. Dalam kedudukan keseluruhan, tempat kedua disandang SKA Penampang dengan 11 emas, tujuh perak dan 10 gangsa diikuti Kelab Karate Kompleks Sukan Keningau dengan lima emas, enam perak dan 10 gangsa.
Majlis penutup disempurnakan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.