Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
Published on: Friday, January 09, 2026
Published on: Fri, Jan 09, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
KINABATANGAN: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyarankan bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lamag agar membuat semakan awal borang pencalonan.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata semakan itu boleh dibuat di Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum hari penamaan calon Sabtu ini serta membuat pembayaran deposit lebih awal.

Advertisement
“Resit hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata kertas penamaan calon hendaklah diserah dari 9 hingga 10 pagi oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Khairul Shahril juga berkata bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik dikehendaki mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila menyerahkan kertas penamaan calon.

“Calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan adalah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Advertisement
“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya.

PRK Parlimen Kinabatangan dan Dun Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.

Advertisement
SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan ini.

PRK Parlimen Kinabatangan dan Dun Lamag mempunyai 48,722 pemilih berdaftar merangkumi 48,526 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal.

Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran dan satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here