Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
36 dipenjara, didenda ekoran pelbagai kesalahan imigresen
Published on: Friday, January 09, 2026
Published on: Fri, Jan 09, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
36 dipenjara, didenda ekoran pelbagai kesalahan imigresen
Kesemua 36 individu terbabit ditahan dalam beberapa operasi berasingan di beberapa lokasi di negeri ini pada Oktober tahun lalu.
Kota Kinabalu: Seramai 36 individu dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis selepas didapati bersalah melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain terhadap pertuduhan yang dihadapkan.

Advertisement
Daripada jumlah itu seramai 28 individu masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen sah.

Sementara itu enam individu lain didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal melebihi tempoh selepas dokumen mereka tamat tempoh. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Daripada jumlah itu dua individu dihukum penjara 12 bulan, seorang dipenjara enam bulan manakala baki tiga individu masing-masing didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Dua lagi pendatang asing tanpa izin dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 10 bulan setiap seorang kerana memasuki Sabah tanpa dokumen sah serta memasuki semula negeri ini tanpa dokumen selepas pernah dihantar pulang.

Advertisement
Kesemua 36 individu terbabit ditahan dalam beberapa operasi berasingan di beberapa lokasi di negeri ini pada Oktober tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua mereka dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman masing-masing.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Norhayati Abdul Hari.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here