Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Empat individu didenda berjudi di tempat awam
Published on: Wednesday, January 07, 2026
Published on: Wed, Jan 07, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Empat individu didenda berjudi di tempat awam
Keempat-empat tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Empat individu masing-masing didenda RM5,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah berjudi di tempat awam tahun lalu.

Yong Shel Meng, 27, Dickson Siau Di Sheng, 27, Wong Woon Teck, 24, dan Soo Tshun Seng, 26, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan yang dilakukan pada 21 Mei 2025, kira-kira jam 11.35 malam di RB Food Sdn Bhd, Blok A, Tanjung Aru Plaza.

Advertisement
Keempat-empat tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Yousof Tahir Mahmood ketika membentangkan fakta kes memaklumkan mahkamah bahawa sepasukan polis telah menjalankan serbuan Op Dadu di premis berkenaan selepas menerima maklumat mengenai aktiviti perjudian haram.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya apabila tiada sesiapa membuka pintu selepas arahan diberikan polis bertindak memecah masuk premis tersebut. 

Sebaik memasuki premis empat lelaki berkenaan cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun berjaya ditahan.

Advertisement
Hasil pemeriksaan mendapati premis itu dijadikan pusat operasi perjudian dalam talian. Polis turut merampas pelbagai barangan berkaitan perjudian daripada setiap tertuduh termasuk monitor, CPU Mac Mini, papan kekunci, tetikus komputer, telefon bimbit dan sebuah penghala WiFi.

Seorang pakar perjudian yang turut hadir semasa serbuan kemudian menganalisis barangan rampasan dan mendapati setiap tertuduh mengendalikan sebuah kiosk komputer yang dihubungkan kepada sistem pengurusan perjudian dalam talian bagi merekod pertaruhan pelanggan serta bayaran melalui aplikasi pesanan.

Advertisement
Telefon bimbit yang dirampas turut mengandungi aplikasi perjudian dalam talian sekali gus mengesahkan penglibatan tertuduh dalam aktiviti berkenaan.

Peguam Lim Ming Zoong yang mewakili keempat-empat tertuduh memohon hukuman denda RM5,000 bagi setiap seorang dengan mengambil kira tempoh tujuh hari reman yang telah dijalani serta menyatakan anak guamnya menyesal atas perbuatan tersebut.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pencegahan memandangkan kesalahan perjudian didapati semakin berleluasa khususnya di kawasan Tanjung Aru.

Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 40 tahun Rina Emarikan didenda RM1,500 atau penjara satu bulan selepas mengaku bersalah memiliki empat tiket loteri haram.

Rina mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah premis berhampiran restoran di Beverly Hills Plaza, Penampang pada jam 5.50 petang, 2 Disember tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Tertuduh ditahan semasa Op Dadu dengan polis merampas empat tiket loteri, sebuah telefon bimbit, pencetak mudah alih serta wang tunai RM84 dipercayai hasil jualan tiket loteri awam tanpa lesen sah.

Mahkamah turut memerintahkan wang tunai RM84 dirampas dan dilucut hak sebagai hasil kerajaan. Pendakwaan bagi kes ini dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here