Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kuskop disaran lanjut moratorium bantu usahawan terjejas bencana
Published on: Monday, January 05, 2026
Published on: Mon, Jan 05, 2026
Text Size:
Text:
Kuskop disaran lanjut moratorium bantu usahawan terjejas bencana
Ewon berkata penubuhan jawatankuasa itu penting bukan sahaja untuk penyelarasan program pembangunan keusahawanan malah bagi menangani isu-isu berkaitan musibah dan bencana yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan perniagaan.
Tuaran: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick mencadangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meneruskan pelaksanaan moratorium pembayaran pinjaman bagi membantu usahawan yang terjejas bencana.

Beliau berkata di peringkat kementeriannya, pihaknya akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kuskop supaya Jawatankuasa Bersama yang ditubuhkan sebelum ini dapat diteruskan bagi memastikan penyelarasan pembangunan dilaksanakan secara lebih berkesan.

Advertisement
Ewon berkata penubuhan jawatankuasa itu penting bukan sahaja untuk penyelarasan program pembangunan keusahawanan malah bagi menangani isu-isu berkaitan musibah dan bencana yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan perniagaan.

“Sebelum ini, agensi-agensi pembiayaan di bawah Kuskop telah melaksanakan polisi pemberian moratorium atau kelonggaran pembayaran pinjaman, termasuk penangguhan bayaran sehingga maksimum enam bulan kepada usahawan terjejas.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dalam hal ini, saya akan mendapatkan pengesahan daripada Kuskop sama ada polisi tersebut masih diteruskan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2026 Upko di Dewan Seri Sulaman, di sini, Sabtu. 

Ewon yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengulas mengenai usaha kerajaan membantu usahawan yang terjejas akibat bencana di Sabah.

Advertisement
“Bersama Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, saya akan mencadangkan supaya polisi ini diteruskan bagi meringankan bebanan usahawan yang terkesan akibat banjir atau bencana lain yang menjejaskan operasi perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata langkah itu sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus kekal berdaya saing walaupun menghadapi cabaran luar jangka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here