Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
RM22.75 juta bantu pulihara alam
Published on: Tuesday, March 10, 2026
Published on: Tue, Mar 10, 2026
Text Size:
Text:
RM22.75 juta bantu pulihara alam
HAJIJI (kedua, kanan) menerima geran untuk usaha pemuliharaan alam sekitar itu daripada Arthur.
Kota Kinabalu: Sabah menerima dana sebanyak RM22.75 juta daripada Kerajaan Persekutuan di bawah inisiatif Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar di negeri berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata dana itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima Sabah di bawah inisiatif berkenaan mencecah RM126.36 juta sejak 2019.

Advertisement
“Ini jelas menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap dasar pemuliharaan alam sekitar kerajaan negeri yang kukuh.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan sokongan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Sabah, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dana itu disampaikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup kepada Hajiji di Menara Kinabalu di sini, Isnin.

Kenyataan itu memaklumkan pertemuan berkenaan turut membincangkan pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta penyelarasan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dengan perundangan Sabah.

Advertisement
Langkah itu bertujuan memastikan manfaat ekonomi karbon dapat dioptimumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah selaras dengan usaha memperkukuh pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar di negeri berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Nor Yahati Awang serta pegawai-pegawai kanan. 

Advertisement
Sementara itu, Arthur menegaskan kestabilan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah adalah tunjang memastikan warisan alam semula jadi kekal terpelihara demi kesejahteraan generasi masa depan.

Arthur dalam kenyataan Isnin berkata, komitmen itu dizahirkan melalui usaha berterusan memperkukuh sinergi strategik antara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kerajaan Negeri Sabah dalam memacu agenda kelestarian alam serta pengurusan sumber asli negara.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan ketika kunjungan hormatnya ke atas Hajiji pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Kerajaan Persekutuan turut memberikan pengiktirafan terhadap usaha Sabah mengekalkan kawasan perlindungan melalui penyaluran dana Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) berjumlah RM22.748 juta bagi fasa pertama 2026.

Penyaluran itu menyusuli dana 2025 sebanyak RM35.69 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima Sabah sejak 2019 mencecah RM126.357 juta bagi menyokong pelaksanaan projek konservasi biodiversiti di negeri ini.

“Kunjungan hormat ini turut memberi fokus kepada perkara di bawah kerangka Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] yang melibatkan pemberian kuasa kawalan buangan terjadual di darat dan perairan Sabah.

“Selain itu, proses penyerahan semula lot tanah Persekutuan kepada kerajaan negeri kini berada dalam fasa akhir untuk kelulusan Jemaah Menteri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here