Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Wanita didenda ekoran berjudi ‘Wa Hui’
Published on: Tuesday, December 30, 2025
Published on: Tue, Dec 30, 2025
By: Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Wanita didenda ekoran berjudi ‘Wa Hui’
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 26 tahun didenda RM1,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda kerana terlibat dalam aktiviti perjudian.

Frenneley Eyan mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus terhadap pertuduhan tersebut pada Isnin.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Frenneley ditahan polis semasa satu serbuan di sebuah kedai KP CAF, Lorong Bunga Tanjung 2 kira-kira jam 3.30 petang selepas dia dilihat sedang terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian ‘Wa Hui’ menggunakan telefon bimbit.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam rayuan Frenneley yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan kerana ini merupakan kesalahan pertamanya.

Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 39 tahun didenda RM100 atau penjara tujuh hari jika gagal membayar denda kerana secara penipuan memiliki wang berjumlah RM1,128 di dalam akaun banknya.

Advertisement
Dina Mustika Tahang mengaku bersalah kerana gagal memberikan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana wang milik Anjelin Mojumpah itu berada dalam akaun banknya pada 17 April 2023.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam rayuanya Dina turut memohon hukuman yang lebih ringan.

Inspektor Mohamad Hamidi Hamzah hadir bagi pihak pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here