Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
‘Ayuh bersatu beri sokongan’
Published on: Saturday, December 13, 2025
Published on: Sat, Dec 13, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
‘Ayuh bersatu beri sokongan’
ABQAREE (duduk kedua dari kiri) bersama Nizam (ketiga dari kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Mansur Asun (ketiga dari kanan) dan yang lain ketika kunjungan tersebut.
Kota Kinabalu: Semua rakyat Sabah khususnya golongan muda digesa memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri itu dalam persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di Bukit Jalil esok (Ahad).

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz yang membuat gesaan itu pada Jumaat berkata detik bersejarah itu memberi peluang terbaik kepada rakyat Sabah untuk menunjukkan solidariti dan bersatu di belakang pasukan negeri.

Advertisement
“Sabah FC kini selangkah lagi untuk membawa pulang Piala ini dan ini lebih daripada sekadar perlawanan bola sepak. Ini adalah perjuangan maruah, jati diri dan kebanggaan rakyat Sabah.

“Kita telah menunggu selama 27 tahun untuk saat ini. Kami di MBS menggesa semua belia, di mana sahaja mereka berada, mengibarkan bendera negeri, memakai warna Sabah untuk menunjukkan perpaduan dan sokongan kepada Sabah FC,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Abqaree berkata bola sepak adalah platform yang ampuh untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, agama dan latar belakang, dan kejayaan Sabah FC akan menjadi inspirasi besar kepada golongan muda khususnya dalam membina keyakinan, disiplin dan semangat berpasukan.

“Sabah FC telah menunjukkan usaha keras yang luar biasa sepanjang musim. Kini tiba masanya untuk kita membantu mereka mengambil langkah terakhir.

Advertisement
“Dengan semangat dan sokongan padu rakyat Sabah, saya yakin Sabah FC mampu mencipta sejarah Ahad ini,” katanya lagi.

Abqaree turut menyeru penyokong menjaga disiplin dan bertanggungjawab sama ada ketika berada di stadium mahupun di lokasi tontonan umum.

Advertisement
Sementara itu, perwakilan majlis yang diketuai Abqaree mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di pejabatnya baru-baru ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here