Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Dua guru beri keterangan hari pertama perbicaraan 5 remaja
Published on: Tuesday, December 09, 2025
Published on: Tue, Dec 09, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dua guru beri keterangan hari pertama perbicaraan 5 remaja
Kota Kinabalu: Dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha tampil memberi keterangan pada Isnin ketika hari pertama perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak melibatkan lima remaja perempuan yang didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap pelajar Tingkatan Satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim itu dijalankan secara tertutup.

Advertisement
Menurut Pendaftar Mahkamah seorang daripada mereka ialah guru akademik manakala seorang lagi berkhidmat sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Pemeriksaan balas terhadap saksi kedua dijadualkan bersambung pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dengan dibantu Nik Haslinie Hashim, Husni Fairos Ramly dan Deepa Nair Thevaharan.

Peguam Datuk Ram Sing mewakili tertuduh pertama manakala empat remaja lain diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.

Advertisement
Pada 20 Ogos lepas lima remaja perempuan yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina pada Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here