Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Penyambungan elektrik haram punca kebakaran Kampung Kurnia
Published on: Sunday, December 07, 2025
Published on: Sun, Dec 07, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Penyambungan elektrik haram punca kebakaran Kampung Kurnia
Ditanya berhubung status kebenaran untuk mangsa kebakaran membina semula rumah mereka, Nizam mengesahkan tidak ada halangan namun berharap pihak yang terlibat mengutamakan aspek-aspek keselamatan.
TAWAU: Kebakaran di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas pada Khamis lalu dipercayai berpunca daripada litar pintas akibat penyambungan elektrik secara haram sehingga menyebabkan hampir 120 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Berikutan itu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengingatkan warga terutama di kawasan penempatan padat supaya mengelak daripada melakukan penyambungan elektrik secara haram.

Advertisement
“Saya difahamkan kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan dahsyat ini berpunca daripada litar pintas akibat penyambungan elektrik yang berlaku di sebuah rumah yang tidak mempunyai penghuni kerana keluar bekerja.

“Kekerapan kes kebakaran yang berlaku di kawasan ini perlu menjadi pengajaran untuk kita lebih berhati-hati pada masa hadapan terutama daripada segi pembinaan rumah yang sepatutnya perlu mendapat keizinan dari tuan tanah terlebih dahulu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Nizam berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kemanusiaan kepada 23 keluarga melibatkan 117 mangsa kebakaran yang ditempatkan secara sementara di Dewan Sri Balung Batu 8 Jalan Apas pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas itu turut menyampaikan bantuan wang tunai bersama Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui selain bantuan peralatan untuk kegunaan harian daripada pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

Advertisement
Dalam pada itu Nizam percaya struktur pembinaan rumah penduduk mestilah tersusun dan teratur untuk mewujudkan suasana lebih selamat misalnya memastikan jarak setiap rumah tidak terlalu rapat antara satu sama lain.

Ditanya berhubung status kebenaran untuk mangsa kebakaran membina semula rumah mereka beliau mengesahkan tidak ada halangan namun berharap pihak yang terlibat mengutamakan aspek-aspek keselamatan.

Advertisement
Menyentuh bantuan yang diagihkan Nizam berharap sumbangan terbabit dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa terjejas untuk menempuh masa-masa sukar dalam kehidupan mereka.

Sementara itu menyentuh portfolio kementerianya yang diberikan nafas baharu Nizam percaya Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KPBKSEK) mempunyai skop yang semakin luas malah setanding dengan kementerian lain.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana memberikan kepercayaan ini walaupun ada yang berpendapat KPBKSEK kurang penting namun kita melihatnya sama penting seperti kementerian lain.

“Misalnya kita perlu merangka dasar belia bersesuaian dalam usaha mengajak golongan ini mengenal jati diri dan haluan hidup di samping memperkasakan peranan mereka dalam pembangunan Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemajuan sukan akan terus diberikan perhatian dengan tumpuan baharu kepada ekonomi kreatif melibatkan usaha ke arah mengembangkan bakat belia sebagai punca pendapatan dalam industri kreatif. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here