Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Sabah yakin hak 40 peratus dimuktamad masa terdekat
Published on: Sunday, December 07, 2025
Published on: Sun, Dec 07, 2025
By: Sherell Jeffrey, Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Sabah yakin hak 40 peratus dimuktamad masa terdekat
HAJIJI bersama Anwar ketika majlis berkenaan.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa rundingan berkaitan pemberian khas 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, yang telah lama dinantikan, dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat, hasil hubungan semakin kukuh antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata hubungan rapat antara kedua-dua kerajaan bukan sahaja penting, malah kritikal bagi memastikan kesinambungan momentum pembangunan.

Advertisement
“Dengan kerjasama kukuh ini, saya percaya banyak manfaat dapat dicapai, termasuk memuktamadkan obligasi 40 peratus hasil oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, yang diharap dapat dimuktamadkan tidak lama lagi demi kebaikan bersama,” katanya.

Hajiji berkata kerjasama itu turut melibatkan soal kedaulatan, keselamatan, perpaduan dan kenegaraan. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Walaupun kita memperjuangkan hak Sabah, kita tidak boleh lupa tanggungjawab untuk memelihara kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Madani yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Sabtu.

Advertisement
Hajiji berkata Kerajaan Negeri komited melaksanakan tanggungjawabnya serta melonjakkan kedudukan Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Matlamat utama kita adalah memacu kemajuan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Setiap pelan yang dilaksanakan mesti berfokus kepada kemakmuran mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui pembangunan ekonomi serta peluang pekerjaan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, bermula tahun hadapan, dasar pembangunan Sabah akan dipandu oleh pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0.

“Ini termasuk penubuhan tiga lagi taman perindustrian baharu, iaitu Taman Perindustrian Industri Ekonomi Biru di Kudat, Taman Perindustrian Minyak dan Gas di Beaufort serta Taman Perindustrian Teknologi Tinggi dan Semikonduktor antara Kota Belud dan Kota Marudu, bagi menampung peningkatan minat pelabur,” katanya.

Menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam melindungi kepentingan rakyat Sabah, Hajiji mengumumkan penambahbaikan program kebajikan sosial.

Antaranya pembinaan 50 unit Rumah Mesra SMJ bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, selain bantuan kewangan bulanan RM300 kepada 100,000 penerima tahun depan.

Beliau berkata bantuan kewangan baharu untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas tanpa pendapatan tetap serta insentif pembiayaan deposit bagi pembeli rumah pertama turut diperkenalkan.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga akan memperhebat usaha menaik taraf infrastruktur asas dengan peruntukan melebihi RM1.2 bilion bagi bekalan air, yang akan disiapkan secara berperingkat mulai pertengahan tahun hadapan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas peruntukan RM765 juta bagi menyiapkan Projek Sabah Southern Link yang akan menghubungkan grid elektrik Pantai Barat dan Pantai Timur bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik di kawasan tersebut.

Hajiji turut memuji pasukan keselamatan atas pelaksanaan tugas yang cemerlang dalam menjaga ketenteraman awam sepanjang pilihan raya baru-baru ini. 

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here