Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen
Published on: Saturday, December 06, 2025
Published on: Sat, Dec 06, 2025
Text Size:
Text:
Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen
KOTA KINABALU: Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada Jumaat memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Asni Marjan, 56, berkata akibat kecaman dan ‘serangan’ itu, beberapa guru memadamkan akaun Facebook masing-masing dan ada yang berasa takut untuk pergi ke pusat beli-belah, kedai mahu pun ke pasar.

Advertisement
“Kami sudah lakukan yang terbaik. Dalam kalangan guru-guru, saya yang paling berusia di sekolah itu. Mereka memanggil saya ‘bapa’. Saya berperanan untuk membelai jiwa mereka. Hari-hari mereka berhadapan dengan netizen. Saya sentiasa memberi motivasi kepada mereka. Saya tak pernah menangis depan mereka… di sini saya nangis,” katanya sambil mengesat air mata.

Asni yang sejak Oktober lepas ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar berkata netizen membuat tuduhan tidak berasas, liar dan berunsur fitnah terhadap guru-guru sekolah berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Saksi ke-57 itu yang akan bersara pada Januari tahun hadapan itu berkata demikian ketika disoal peguam Shahlan Jufry yang mewakili ibu Zara Qairina, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Shahlan: Tuduhan-tuduhan itu telah menyebabkan emosi cikgu dan guru-guru lain tergganggu, selain membuat mereka berasa tertekan sehingga tidak mahu pergi ke pusat beli-belah atau ke kedai?

Advertisement
Asni: Betul.

Shahan: Saya juga difahamkan bahawa ada pelajar yang tertekan kerana dilabelkan oleh netizen sebagai pembuli, malah ada individu yang menjerit ‘pembuli’ di luar kawasan sekolah. Betul, cikgu?

Advertisement
Asni: Betul

Shahlan: Cikgu, apa yang berlaku kepada Zara Qairina pada malam itu, adalah sama dengan apa yang cikgu dan rakan-rakan cikgu berhadapan, yang berbeza ialah netizen tidak berhadapan dengan pihak sekolah, tetapi Zara Qairina berhadapan dengan pelajar-pelajar senior pada malam tersebut. Lebih kurang sama kan, cikgu?

Asni: Saya tak pasti

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here